Monday, December 27, 2010

Chegubard tolak jawatan lantikan timbalan SU Agung PKR



MENOLAK LANTIKAN TSUA KEADILAN DAN MENANTI KEPUTUSAN DAN TINDAKAN SIASATAN.

Kenyataan Media

27 Disember 2010
21 Muharram 1431h

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada Yg Berbahagia Datuk Seri Dr. Hjh Wan Azizah Bin Dato’ Hj Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat pada 18 Disember lepas telah membuat pengumuman dengan menamakan saya selaku Timbalan Setiausaha Agong Parti Keadilan Rakyat.

Seperti yang saya katakan dari awal apa juga jawatan yang diberikan saya anggap ia merupakan amanah besar . Saya bukanlah manusia yang menganggap jawatan itu sebagai matlamat yang harus dikejar hingga sanggup memanipulasi segalanya termasuk melakukan penyelewengan demokrasi, tetapi setelah memegang jawatan tidak mampu melakukan apa-apa serta gagal memikul amanah dan hasrat perjuangan rakyat.

Seperti yang dijanjikan saya hanya akan membuat keputusan selepas berbincang dan mengambil pandangan dengan semua teman-teman, keluarga dan seumpamanya. InsyaAllah.......

Namun setelah berfikir panjang dan ambil kira perbagai pandangan, saya ingin memohon maaf kepada Dato Seri Dr. Presiden KEADILAN dan teman-teman yang lain kerana saya terpaksa menolak lantikan tersebut.

Penolakan ini adalah atas prinsip yang pengiktirafan Pemilihan Keadilan 2010 akan hanya dibuat setelah hasil siasatan pemilihan dilaksanakan dan dimaklumkan kepada saya. Saya ingin nyatakan bahawa saya masih menanti hasil penyiasatan dan tindakan terhadap aduan - aduan yang saya dan teman-teman ajukan mengenai Pemilihan KEADILAN 2010. Saya akur dengan nasihat YB Setiausaha Agong agar sabar menanti dan jangan buat bukan-bukan tetapi saya juga meminta beliau ingat dengan kenyataannya yang memberi jaminan hasil siasatan akan diperolehi dalam 2 minggu. Janji ini diungkap ketika Kongres 2010 berlangsung.
Namun juga saya ingin pertegaskan saya akan terus berjuang memperkasakan rakyat demi perubahan negara. Jadual saya saban hari masih penuh dengan aktiviti parti dan bersama rakyat mendesak perubahan.

Saya sayang parti ini dan kerana sayangkan parti inilah saya tegur, saya sayangkan negara ini dan kerana sayangkan negara inilah saya ingin pastikan KEADILAN menjadi sesempurna mungkin sebelum memasuki Putrajaya. Saya masih yakin demokrasi dan ketelusan dalam KEADILAN belum mati (tetapi mungkin gering teruk), namun untuk memastikan keadilan, demokrasi dan ketelusan dalam KEADILAN subur mekar maka kita perlu keberanian mendesak.

Saya tegaskan ini bukan persoalan kewangan atau jawatan kerana itu saya tegaskan saya tolak semua lantikan. Tanpa jawatan pun kita sebenarnya mampu menyumbang terhadap gerakan kalau kita mahu.
Namun saya juga ingin berpesan kepada teman - teman saya yang bersama berkongsi aspirasi ini agar turut bersabar dengan sindiran dan cubaan provokasi pihak tertentu. Mereka ialah golongan yang tidak mahu suara pendesak ada dalam gerakan perubahan, mereka mahu kita lakukan sesuatu diluar batasan untuk memudahkan mereka mencari alasan menyingkirkan kita.

Ingat KEADILAN ini parti rakyat, ia parti bagi tiap rakyat yang memahukan perubahan kerana itu saya dan teman-teman yang berkongsi aspirasi terus menjalankan program di perbagai peringkat.
Dalam konteks nasional juga kita memerlukan kumpulan muda yang sentiasa mendesak perubahan dan penambahbaikan negara. Sesuatu negara akan mudah berada dalam zon krisis apabila anak muda hilang roh mendesak ini.

Kita tidak mahu menuruti budaya pemilihan yang kotor, penipu serta korup seperti yang diamalkan oleh sesetengah parti lain. Apabila individu itu diistiharkan menang semua yang bersuara akhirnya diam disogok dengan berbagai habuan, tidak berbunyi lagi kerana anak mudanya mamai disumbat mulut mereka. Semua ini kononya untuk menjaga kestabilan parti dan menyapu semua kekotoran dan penipuan ke bawah karpet. Ini tidak harus berlaku dalam parti reformasi, kewujudan anak muda kumpulan pendesak harus dilihat dari aspek positif kelansungan nafas semangat reformasi.

Anak muda terus bangkit mengasak keadilan meratah kezaliman.

kenyataan media ini harus dibaca dengan kenyataan media

1. http://chegubard.blogspot.com/2010/12/kenyataan-media-akur-tetapi-tidak.html
2. http://chegubard.blogspot.com/2010/12/respon-terhadap-lantikan-timbalan.html
3. http://chegubard.blogspot.com/2010/12/terus-setia-dengan-keadilan-dan-terus.html

Tuesday, December 14, 2010

Che’Gu Bard Respon Kenyataan S/U Agung PKR


Merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung KEADILAN meminta semua pihak yang membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) termasuk Badrul Hisham Shaharin — bekas calon jawatan ketua sayap Pemuda PKR yang tewas supaya jangan bertindak bukan - bukan.

Laporan yang di siarkan pada 10 Disember 2010, di link http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemilihan-pkr-minta-chegubard-sabar-jangan-buat-bukan-bukan/ adalah respon kepada kenyataan media che'GuBard yang disiarkan di http://chegubard.blogspot.com/2010/12/kenyataan-media-akur-tetapi-tidak.html

Pertama sekali saya tidak pasti apa maksud YB Setiausaha Agong dengan minta che'GuBard jangan buat yang bukan - bukan ? Saya mohon YB Setiausaha agong jelaskan.

Kedua saya berasa hairan, bila kita tampil bertanya kepada JPP atau menghantar persoalan kepada JPP, yang tampil ke depan menjawab ialah YB Setiausaha Agong, tetapi bila tak boleh menjawab bila ditanya butiran lengkap YB Setiausaha Agong akan jawab tak apa kita serah pada JPP..... apakah ini ?

Ketiga undang - undang keadilan apakah ini ? Yang diadukan antaranya ialah kepincangan JPP dan JPP diserahkan untuk menyiasat ?

Keempat beban membuktikan tergalas 100% ke bahu pengadu dan seolah pengadu sendiri perlu menyiasat dan membuktikan.... kita bayangkan aduan dibuat kepada SPRM kerana rasuah orang tertentu dan SPRM pula minta kita siasat untuk buktikan ? Aduan seharusnya diambil bagi memulakan kes dan siasatan harus dibuat termasuk memanggil pengadu.

Kelima ingin saya jelaskan saya selaku Penyelaras Kempen che'GuBard dan rakan - rakannya dalam Pemilihan KEADILAN 2010 dalam pengetahuan saya telah lebih dari satu surat dihantar kepada pihak pusat sama ada JPP, Presiden mahupun Setiausaha Agong sendiri, namun sehingga kini satu pun tidak berjawab. Surat aduan yang terakhir menyenaraikan beberapa aduan kes 'spesifik' yang harus dijawab.

Keenam, ramai sudah mula menyatakan memang ada kelemahan dan ada unsur tidak sempurna. Namun sebenarnya ia melibatkan penipuan bukan kelemahan. Kami mahu tindakan siasatan oleh badan bebas dan jika terdapat kesalahan tentu ada yang harus dihukum.

Saya menyokong tindakan che'GuBard dengan menolak semua perlantikan jawatan kerana jika menerima lantikan maka ia dilihat bersekongkol dengan kabinet yang dibentuk secara penyelewengan demokrasi. Tindakan ini seharusnya dilihat dengan aspek positif kerana dalam KEADILAN ada suara anak muda berani menegakkan keadilan demi menjamin proses demokrasi telus. Jauh dari itu ini bukan persoalan jawatan tetapi persoalan ketelusan.

Saya dan teman-teman juga sayang parti ini, kerana sayanglah kami tegas dalam membaiki dan menangani sebarang penyelewengan demokrasi dalam parti.



Kiriman:
Zulkifli Ibrahim
bekas Exco AMK
Penyelaras Kempen Anak Muda
Penerus Perjuangan Reformasi

Friday, December 10, 2010

Reformasi perjuangan rakyat, bukan perjuangan untuk individu tertentu..


Friday, December 10, 2010

Aktivis Reformasi ingin menekankan bahawa perjuangan reformasi adalah perjuangan rakyat dan bukan perjuangan untuk individu tertentu, samada Anwar Ibrahim atau anak-anak emasnya..

Tuah dah dibuang ke hulu sungai,
Masih kah Jebat menunggu padi di tuai?

Tarikh: 9 Disember 2010

AKTIVIS REFORMASI MENYOKONG TINDAKAN CHE'GUBARD TIDAK MENGIKTIRAF PEMILIHAN PKR

Aktivis Reformasi menyokong tindakan Sdr Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai “Che' GuBard” yang telah membuat pendirian tegas untuk tidak mengiktiraf keputusan pemilihan parti dengan menuntut penjelasan bertulis daripada parti berhubung pelbagai dakwaan manipulasi, penipuan dan salahlaku JPP serta Sekretariat Ibu Pejabat di bawah pimpinan Setiausaha Agung, YB Saifuddin Nasution.

Aktivis Reformasi mendesak keras agar pimpinan parti khususnya Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah, memberi perhatian serius terhadap tuntutan yang dibuat oleh che'GuBard. Aktivis Reformasi sangat kesal jika pucuk pimpinan meremeh-remehkan tuntutan che'GuBard ini. Aktivis Reformasi kini juga sedar bagaimana pucuk pimpinan parti merendahkan tuntutan dari orang bawahan. Pucuk pimpinan harus ingat bahawa orang bawahan inilah yang menyokong parti dengan mengharungi gas pemedih mata, bermandi asid dan dibelasah belantan FRU, terkini dalam demonstrasi isu air Selangor minggu lepas.


Ketika golongan elit bersenang-lenang di keliling Ketua Umum, che'GuBard memimpin massa meskipun tidak memegang sebarang jawatan tinggi parti dan ditentang polis FRU. Tiada gunanya menjadi pemimpin berjawatan tinggi jikalau tidak berani untuk tampil sebagai pejuang kental ketika semboyan menuntut kita turun di jalanan melawan kezaliman.

Aktivis Reformasi amat bersetuju bahawa politik naungan adalah satu malapetaka kepada perjuangan parti. Politik naungan kini sedang melanda PKR apabila kumpulan-kumpulan yang menjadi elitis di sisi Ketua Umum, dengan biaya kewangan mereka yang sungguh mewah, sedang membentuk barisan kepimpinan parti yang baru.

Aktivis Reformasi juga ingin menyatakan kegusaran tentang budaya politik ampu-mengampu yang selama ini menjadi darah daging UMNO, kini sedang menular, berkembang dan subur dalam PKR. Budaya seumpama ini akan membuatkan parti terpesong dari landasan perjuangan sebenar sebagai sebuah gerakan reformasi rakyat.

Parti hendaklah berwaspada dengan kelompok yang berselindung atas nama reformasi tetapi seumpama lintah darat dengan satu tujuan, iaitu mengambil kesempatan mencari projek dan peluang perniagaan. Kumpulan-kumpulan lintah darat ini sedang berada di sekeliling Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan memegang jawatan besar dalam parti. Kumpulan lintah darat ini sedang mengampu pimpinan parti dan mendapat sokongan para-para YB yang lupa diri. Kumpulan lintah darat ini juga mempunyai beberapa YB dalam lingkungannya dan mereka telah dikenalpasti mengampu pimpinan tertentu dan Ketua Umum bagi memastikan dapat bertanding pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Pemilihan secara ‘1 ahli 1 undi’ adalah langkah berani parti untuk menyuburkan demokrasi tetapi hanya jika pemilihan dijalankan dengan telus, adil dan bersih. Justeru itu, jika pemilihan ‘1 ahli 1 undi’ dipenuhi dengan penipuan, manipulasi undi dan amalan politik wang yang berleluasa di sana-sini, maka pemilihan parti tidak membawa apa-apa makna, malah parti akan dilihat berkompromi dengan penipuan dan membenarkan ketidakadilan berlaku dalam parti yang mahu berjuang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.

Aktivis Reformasi mengingatkan pucuk pimpinan parti bahawa gerakan reformasi sedang meneruskan perjuangan tegasnya menuntut keadilan dan ketelusan dari SPR melalui siri Demo Bersih, tetapi dalam masa yang sama PKR sedang membenarkan barisan Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik parti dibentuk hasil daripada proses pemilihan yang penuh penipuan dan politik wang.

Aktivis Reformasi berjanji akan terus memelihara prinsip-prinsip keluhuran Gerakan Reformasi sebagai sebuah Gerakan Rakyat seperti yang dinyatakan dalam Deklarasi Permatang Pauh, satu gerakan yang diangkat oleh rakyat sebagai agen perubahan pada tanggal 12 September, 1998.

Akhir sekali, Aktivis Reformasi ingin menekankan bahawa perjuangan reformasi adalah perjuangan rakyat dan bukan perjuangan untuk individu tertentu, samada Anwar Ibrahim atau anak-anak emasnya.


Salam reformasi.

Wednesday, December 8, 2010

Chegubard Tidak Meninggalkan KEADILAN !!



Wednesday, December 8, 2010

Saya memohon maaf kepada banyak pihak termasuk media kerana telah mengelak untuk memberikan kenyataan atau sebarang komen pasca pemilihan KEADILAN 2010.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua teman-teman yang memberikan sokongan yang amat memberansangkan kepada saya dan barisan calon - calon yang bersetuju dengan dokumen Manifestasi Anak Muda - Penerus Perjuangan Reformasi. Kita telah berjaya menggariskan dengan jelas 3 cabaran terbesar, 3 saran gerak kerja dan 5 pelaksanaan praktikal. Manifestasi Anak Muda Malaysia ialah manifesto yang jelas dan praktikal bagi mereformasi AMK dan seterusnya mampu menyerlahkan politik baru dan reformasi yang dilaungkan.

Penghargaan yang tidak terhingga kepada semua teman dari Perlis sampai ke Sabah yang bertungkus lumus menjadi jentera kempen dan pemantau proses pengundian. Kita berjaya melakukan sesuatu yang membanggakan dalam penuh tekanan 'pengaruh' dan kewangan.

Kita telah berjaya membuktikan tanpa politik naungan dan kewangan yang melimpah kita mampu menang jika semua dijalankan secara telus.

Saya telah menghantar bantahan bertulis. Bantahan yang telah menyenaraikan perbagai kepincangan ini tidak mendapat respon bertulis setakat ini.

Saya dengan ini menyatakan akur apa yang berlaku tetapi sama sekali tidak mengiktiraf keputusan pemilihan KEADILAN 2010. Saya masih juga menantikan penjelasan bertulis dalam perkara yang saya bangkitkan.

Saya tidak kecewa kerana saya tewas, kalau kecewa pun adalah kerana saya tidak dapat melaksanakan pembaharuan dalam AMK yang saya dan teman-teman amat yakin mampu menyerlahkan politik reformasi yang kita laungkan selama ini yang telah digariskan dengan jelas dalam Manifestasi Anak Muda Malaysia.

Yang dibangkitkan ialah soal ketelusan bukan siapa kalah atau menang. Kita sering mempersoalkan ketelusan SPR namun apabila kita berdepan dengan cabaran yang sama kita gagal melaksanakan ketelusan tersebut.

Melaksanakan agenda 1 anggota 1 undi adalah satu penciptaan sejarah yang berani. Amat memahami ini proses baru dan banyak kelemahan, tetapi tidak sama sekali berkompromi apabila alasan baru itu sebagai alasan untuk melakukan ketidak telusan dan 'menyapu dibawah pemaidani'.

Pertikaian muncul dari proses penamaan pemilihan cabang, pencalonan jawatan pusat dalam mesyuarat cabang, proses pengundian pusat sehinggalah pemilihan Pengerusi Tetap dengan cara angkat tangan. Semua yang hadir termasuk pemerhati dan media menyaksikan bagaimana undi angkat tangan memilih pengerusi tetap dalam Kongres AMK Pusat pun kiraannya ditipu.

Sehubungan dengan itu saya juga menolak semua jawatan lantikan yang bakal ditawarkan selagi tidak mendapat penjelasan bertulis mengenai apa yang saya bangkitkan dalam bantahan. Ini bukan soal jawatan tapi soal ketelusan. Jika saya menerima lantikan dalam keadaan aduan saya juga gagal diperjelas secara bertulis ini akan membawa erti saya berkompromi dengan sesuatu yang saya pertikaikan sendiri.

Jawatan bukan alasan untuk bekerja. Saya tegaskan tanpa jawatan peringkat pusat saya akan terus setia dalam memperkasakan parti. Saya masih yakin KEADILAN merupakan parti terbaik dalam melaksanakan reformasi dalam negara. Namun KEADILAN juga seharusnya sedia dalam menjamin demokrasi yang telus dalam parti.


che'GuBard

Wednesday, November 24, 2010

Mengapa Yahudi Bijak.



Antara sunnah Nabi (s.a.w) ialah:
- makan buah sebelum makan nasi
- tidak makan lauk ikan dan daging serentak dalam satu masa
- minum air sebelum dan selepas makan, bukan ketika makan
- ibu bapa membaca quran ketika ibu mengandung
- susu & kurma antara kegemaran Nabi (s.a.w.)

Baca artikel di bawah… Seolah2 Yahudi mengkaji sunnah Nabi dan mengamalkannya
sedang umat Islam sendiri mengabaikannya.

Baca… Renung… Fikir… Bertindak!
Based on true story...

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemansip dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?" . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya…, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau
melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan pertumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah Yahudi sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini kerana menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai. Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca Cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.


Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikatnya Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma beberapa sen US! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah ratusan juta orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai “Mengapa saya gemarkan tomato!”

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Tuesday, November 16, 2010

MATC DAN PEMILIHAN KUALA NERUS

Kami nak tanya pada JPP,semua yang bertanding AJK cabang tempoh hari menang tanpa bertanding sama juga dengan AJK AMK..kalau mereka ini letak jawatan hanya tinggal ketua cabang timbalan ketua cabang,dan naib ketua cabang bagaimana pemilihan dengan Mesyuarat agong boleh sah dan di jalankan tanpa minit mesyuarat,penyata kewangan dan laporan xtvt parti dari tahun lepas hingga kini.sama juga dengan AMK timbalan Ketua AMK dan AJK menang tanpa bertanding kalaulah mereka ini sudah letak jawatan bagaiman pemilihan boleh di jalankan yang tinggal hanya ketua dan naib amk sahaja,kami muskil wahai jpp dan sua tolong jelas kan selama ini kami hantar email berkali kali tiada jawapan jadi bagi kami di blog ini yang terbaik kami lakukan.

Monday, November 15, 2010

SURAT TERBUKA BUAT SAIFUDDIN NASUTION


Penulis ini minta jangan di ubah tulisan dia kerana itu luahan hatinya.itulah yang termampu dia nukilan pada umun yang selama ini menjadi nadi pada pemuda keadilan Kuala Nerus

PERNAHKAH KAMU BERTANYA SIAPA YG BERSUSAH PAYAH MENOLONG MEMENANGKAN KAMU DI PRK LUNAS DULU...DIA SALAH SEORANG BERADA D K.NERUS ARI INI BDK INI LAH DI PUKUL OLH AYAM SABUNG KAMU D K.NERUS MASA MATC LALU,BDK INI X SEMPAT MELIHAT JENAZAH AYAHNYE BERSAMA ADIK DIA KERNA BERSAMA KAMU D LUNAS.BDK INI JUGA WALAUPUN SEDIH SEMASA KEMATIAN AYAHNYA D SAMBUT BAGAIKAN WIRA OLEH ORG KAMPUNGNYA DAN DIA BERBANGGA KERNA KEADILAN MENANG YG KAMULAH JD WAKIL RAKYAT D LUNAS D MANAKAH ORG INI EZAM,FAKRUL,ZAHID,LOKMAN ADAM DLL SEMUANYE TELAH MSK UMNO DAN D MANA MUZAFIK AYAM SABUNG KAMU WAKTU ITU TP BDK INI PENDIRIANNYA TIDAK TERJEJAS WALAUPUN D PUJUK OLEH MEREKA INI HAKTA WAN ANIES (S/U CBG KEMAMAN ARI INI) DULU KELUAR PKR MEMUJUK UTK BERSAMA BELIAU.TAPI PERJUANGAN MENEGAK KEBENARAN BELIAU TERUSKAN,MANA PRK KECIL DIA INI X SERTAI HANYA CUKUP ISI MINYAK KETE UTK PERGI MANA2 PRK ,PERNAHKAH KAMU BERTANYA SIAPA MUZAFIK N THE GENG,TAHUKAH KAMU SIAPA YG JD TIM.KETUA CBG,CUBA TY UMNO CAWAGAN PAGAR UBI ADA X NAMA DIA DLM AJK BUAT APE DIA BERSAMA MUZAFIK JUPE YB RAZIF (EXCO TEGANU) SBLM RAYA PUASA YG LALU,BUAT APE SAADO CALON NAIK KETUA AMK JUPE BEKAS AHLI PARLIMEN K.NERUS (CHE AZMI) D GALAS DAN BERJANJI JIKA NAMA MUZAFIK D TOLAK JUGA MEREKA INI AKAN KELUAR PKR MSK UMNO.PERNAH KAH KAMU TGK BORANG AHLI PKR D PULAU DUYUNG D COPY NMA DR AHLI PERKEDU (PERSATUAN ANAK2 DUYUNG)DEMI MENUNJUK KEKUATAN DIA PD ANWAR,MEREKA INI X PERNAH IZIN NAMA MEREKA MENJADI AHLI PKR,PERNAH KAH KAMU BERTANYA LG SIAPA CALON NAIK KETUA CBG PERNAH KAMU BERTANYA PD PIHAK CBG APE YG TERJD MASA MATC DAN AKHIR SKALI KAMI ADA RAKAMAN PERJUPAAN MEREKA INI BERSAMA KAMU MLM SBLM PEMILIHAN MATC..YA ALLAH KAU BERI LAH KAMI KEKUATAN DLM MENEMPUHI DUGAAN INI..saya x pandai mengarang maaf klu bahasa lintang pukang

Sunday, November 14, 2010

8 RESOLUSI CABANG KUALA NERUS:

1. PEMILIHAN PARTI PERLU DIKENDALIKAN OLEH BADAN BEBAS YANG PROFESIONAL.

2. PEMILIHAN PARTI MESTI MENGELUARKAN
NOTIS PENCALONAN ATAU PEMBATALAN CALON KEPADA PIHAK CABANG SECARA HITAM-PUTIH.

3. PEMILIHAN PARTI DIPERAKUI MEMPUNYAI BANYAK PENIPUAN, BERMASAALAH, KORONISMA DAN PILIH KASIH.

4. PARTI TIDAK CAKNA KEPADA KEMELUT
DALAM PEMILIHAN SECARA SERIOUS HANYA PADANG BIASA DISEMUA PERINGKAT.

5. PARTI PERLU SEGERA MEMPERBERHENTIKAN PROSES PEMILIHAN DISEMUA PERINGKAT YANG SEDANG BERLANGSUNG SEHINGGA SEMUA ADUAN DISIASAT DAN KEPUTUSANNYA PERLU DISERAH HANYA SECARA HITAM-PUTIH.

6. SEKIRANYA TIADA SEBARANG TINDAKAN
DIAMBIL PIHAK MAJLIS PIMPINAN CABANG
(MPC) TIDAK AKAN MENGADAKAN MATC.

7. SEKIRA ATAU KERANA TIADA APA-APA MAKLUM BALAS DALAM MASA 48 JAM MPC AKAN MELEPASKAN SEMUA JAWATAN DIPERINGKAT CABANG DAN MENARIK DIRI DARI BERTANDING SEMUA JAWATAN DALAM PEMILIHAN CABANG.

8. BERKUAT KUASA SERTA MERTA
MENYERAHKAN PENTADBIRAN CABANG
KEPADA MAJLIS PIMPINAN NEGERI.

Mustaffa akan serah bukti Penyelewengan.

Sun, 14 Nove 2010 18:09
E-mail Print

Oleh Fazy Sahir

KAPAR: Calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub berkata pihaknya sedia memberi bukti dalam masa dua hari ini berhubung aduan membabitkan penyelewengan yang wujud sepanjang pemilihan PKR.

Menurut Mustaffa, ketika perbincangan bersama pengerusi Jawantankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Cheah Khamis lalu, beliau dimaklumkan bahawa jawatankuasa itu tidak cukup autonomi untuk membuat sebarang keputusan dalam aduan yang diterima.

"Saya turut dimaklumkan ada anggota yang dipecat dalam JPP. Walaupun mereka tidak cukup autonomi dalam membuat keputusan tetapi panel pemantau akan melihat keputusan dan menilai integriti pegawai seperti yang terkandung dalam aduan saya itu.

"Namun seperti yang saya katakan sebelum ini, bukti penyelewengan itu akan diserahkan dalam dua tiga hari ini," katanya yang ditemui ketika pemilihan cabang Kapar di Dewan Sri Pinang hari ini.

Beliau yang masih meneruskan cabaran sebagai calon timbalan presiden, yakin aduannya akan diberi perhatian oleh parti selepas jaminan diberi oleh presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Konsep 1 anggota 1undi belum diuji langsung dan tiada percubaan sebelum dilaksanakan. Proses ini wujud kelompongan dan perlu diperbaiki agar tidak mengundang pertikaian dan pergeseran.

"Maka saya harap aduan ini diambil serius dan seperti saya katakan tiada aibnya jika pemilihan ini ditangguhkan sedangkan mereka perlu masa untuk ketelusan JPP dalam mengendalikan pemilihan ini," katanya yang juga penyandang naib presiden.

Impak negatif

Beliau turut mengulas protes yang diadakan semalam dan menyifatkan tindakan itu sebagai tindak balas terhadap kepimpinan parti.

Katanya protes itu disebabkan wujudnya tanggapan meluas yang mengaitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan sokongan terhadap calon-calon tertentu.

"Protes itu menjurus kepada pertikaian beliau sebagai ketua umum yang dianggap cuba menyokong beberapa calon tertentu. Namun PKR terbuka dan sedia dikritik dan ini penting untuk politik baru parti," katanya.

Namun beliau bersetuju jika sebarang kemelut yang melanda parti jika tidak ditangani dengan baik, bakal memberi musibah kepada PKR pada pilihan raya akan datang.

Malah masalah itu katanya bakal memberi impak negatif dalam persiapan pilihan raya dalam Pakatan Rakyat.

Semalam FMT melaporkan terdapat protes di hadapan ibu pejabat PKR yang mendesak pemilihan dihentikan dihentikan ekoran wujud pelbagai penyelewengan berlaku.

Seramai 80 orang berhimpun sambil mengibarkan banner yang tertera nama Anwar-Azmin serta ditulis 'pemimpin yang paling kotor,cakap tidak serupa bikin'.

Protes itu turut diketuai bekas-bekas pemimpin tertinggi PKR, P Jenapala dan KS Kotappan yang turut menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pemilihan tersebut.

Kontroversi PKR berterusan berikutan aduan Kuala Nerus

Sunday, November 14, 2010

PETALING JAYA: Kontroversi penyelewengan dan kepincangan dalam pemilihan parti PKR berterusan apabila cabang Kuala Nerus, Terengganu pula menyuarakan rasa tidak puas hati.

Ketua Cabang Wan Bukhari Wan Mohamad mendakwa terdapat tangan-tangan ghaib di peringkat pusat sejak dari mula lagi terlibat dengan manipulasi dalam urusan pemilihan.

"Setiausaha Agung (Saifuddin Nasution Ismail), Jawatankuasa Disiplin dan JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) dengan sengaja mengkhianati dan menzalimi kami dengan sokongan tangan-tangan ghaib," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, protes di depan ibu pejabat PKR di sini semalam yang diketuai oleh bekas Timbalan Setiausaha Agung P Jenapala terhadap parti tidak mendapat sambutan kerana segolongan kecil sahaja ahli yang hadir.


Sekumpulan ahli, tidak sampai 100 orang, yang datang dengan menaiki tiga buah bas mula berkumpul di restauran berhampiran ibu pejabat sejak jam 10.00 pagi.

Parti mula bertindak

Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti mula bertindak terhadap aduan yang diterima berhubung pemilihan yang sedang berlangsung.

"Tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang melanggar kod etika PKR," katanya selepas menerima memorandum yang mengandungi enam resolusi daripada Ketua PKR Pahang Fauzi Abdul Rahman dalam satu mesyuarat dengan ahli-ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Resolusi tersebut disediakan oleh Kumpulan Rapat Anak Muda PKR di bawah bimbingan calon Ketua AMK Badrul Hisham Shaharin, yang disampaikan kepada Wan Azizah melalui Fauzi.

Enam resolusi tersebut merangkumi;

* Media tidak harus digunakan sebagai medan perdebatan

* Pemilihan parti seharusnya berasaskan idea segar, nilai dan rekod ke arah memperkasa anggota dan rakyat.

* Rapat anak muda memperakui bahawa pemilihan parti kali ini mempunyai banyak masalah.

* Parti mesti dengan segera memberhentikan proses pemilihan yang sedang berlangsung sehingga semua aduan disiasat.

* Memutuskan agar semua calon dan/atau pemimpin di semua peringkat tidak mengambil tindakan meletakkan jawatan dan/atau menarik diri daripada bertanding berikutan krisis yang melanda.

* Atas sifatnya sebagai seorang tokoh yang disegani dan tidak bertanding, Rapat Anak Muda bersetuju agar Fauzi menjadi jurucakap dan membawa resolusi ini untuk diserahkan kepada Presiden parti.


Free Malaysia Today

surat untuk anwar ibrahim.

Ahad, November 14, 2010
Surat terbuka buat Anwar
Assalamualaikum

Kehadapan dato seri saya sentiasa mengharapkan ( saya tak mahu kata berdoa sebab saya jarang berdoa untuk orang lain ) datos eri sihat , tabah, menghadapi tekanan , dugaan, waaemah apa pun dosa dato seri itu antara dato seri dgn tuhan, saya atau sesiapa pun di dunia ini tidak layak menghukum sesiapa pun, juga saya mengharapkan keluarga dato seri dalam keadaan aman sentiasa.

waaemah apa pun tuduhan terhadap dato seri tak kira benar atau tidak hanya allah sahaja yg tahu dan menentukanya. saya selagi tiada bukti-bukti yg nyata depan mata tak ada sesiapa pun boleh mengubah hati saya pada perjuangan keadilan.walaupun bekas boss boss saya yg besar besar tu.



Dato seri sejak dato seri bebas dan menjadi penasihat ataupun de facto PKR macam-macam perkara berlaku , jamil sentiasa memandang walaupun jamil tak secara langsung sebab jamil bukan gila jawatan atau pangkat , dan jamil pegang pada sumpah jamil dato seri bebas sahaja jamil akan undur diri dan jamil pegang pada janji jamil. seperti yg jamil kata tadi buat apa jamil dalam politik lagi perjuangan jamil ialah membebaskan dato seri supaya dato seri boleh mendapatkan keadilan untuk semua rakyat malaysia.

bukan kerja jamil untuk dapatkan keadilan untuk rakyat malaysia . siapalah jamil? tapi jamil sentiasa mengikuti perkembangan di internet, dan sentiasa update .apabila sdr onn bakar di beri tanggungjawab untuk menjadi ketua cabang putrajaya beliau telah menjemput jamil ,dan di sebabkan yg menjemput itu sdr onn bakar yg jamil kenal sejak reformasi dan dialah yg memberi tunjuk ajar banyak semenjak jamil memasuki politik, di mana beliau dahulu adalah ketua bahagian ceras sebelum di ketepikan oleh permainan kotor group group azmin ali. walaupun tiada bukti tapi kami tahu.


Dato seri semenjak dua menjak ni berbagai perkara yg berlaku, dalam parti kesayangan kita , parti yg kami ( bukan dato seri ) hidupkan sebab dato seri dalam penjara. kami bertungkus lumus berjuang , penghinaan , kutukan, ada yg putus sdr mara karana ini, ada yg di buang kerja , ada yg di tangkap di penjara di lokap kerana ini ,malah saya sendiri hampir 12 kali di buang kerja sehingga saya sudah tidak minat nak berkerja dgn orang lagi. lebih baik berkerja dengan BINATANG lebih bagus dan mulia dari berkerja dengan orang, kalau kita kena ampu,kipas jilat orang untuk hidup sorry that no my way, saya ada maruah dan harga diri.

jadi bila ada apa-apa kejadian dalam parti kami akan terasa. sebab kami yg naikkan, Apabila timbul kejadian, tuduhan, kecacatan dato seri akan buat kenyataan itu kenyatan ini dan kami percaya. tapi perlu di ingatkan kami dah kena tipu dengan parti umno berpuluh tahun so tentu perasaan berhati hati akan ada dalam diri kami.


Dato seri bila orang dalam parti buat kritikan di katakan penghianat, balaci umno, barua umno, malah langsung tiada sesiapa pun pemimpin parti berminat nak dengar atau ambil kisah, semuanya tuduhan , kritikan tak betul tohmahan, fithnah,

Tapi bila orang itu keluar dan buat kritikan ,tuduhan kita kata mereka di bayar umno, di beli umno ya yg ini memang kita tahu benar tapi kenapa bila ahli buat kritikan banyak pulak songel. tak mahu dengar. adakah dato seri dan pimpinan nak buat PKR macam umno cabuk tu. sampai bila pimpinan nak buat ahli PKR jadi bodoh . cukup cukup cukup kami tak mahu di perbodohkan seperti kerajaan barisan nasional ,

Dato seri saya sendiri banyak kali komen di blog dato seri , yang mana saya puji puja dato seri keluar , yang mana saya kritik hilang entah ke mana tulisan itu , saya sms dato seri langsung tak jawab. saya taip di facebook dato seri tak balas. nampak gaya dato seri sama sahaja dengan pemimpin umno, contohnya dato seri hishamuddin sendiri bekas boss saya , kata pemimpin rakyat , pemimpin melayu bila orang pakatan bertanya , beri pendapat buat tak nampak. itu nama pemimpin melayu ke. pemimpin melayu kepala bapak die orang. umno ke, pas ke , pkr ke semua melayu so kalau nak jadi pemimpin melayu kena ambil tahu semua.

saya rapat dengan keluarga dato seri sejak reformasi. saya bukan bekas pengampu dato seri di waktu dato seri jadi timbalan perdana menteri. bukan, saya kenal nurul hana tu dari dato seri di tangkap. dia selalu keluar main dgn kucing saya bila saya di rumah dato seri. jadi sudah semestinya orang seperti saya dato seri balas komen, sms atau apa sahaja. ini tak orang macam saiful , rahimi , bekas banduan yg kami tak kenal langsung dato seri jaga.ini di namakan pemimpin melayu.

Dato seri cuba fikir sejenak . kenapa semua orang marah kan azmin ali. tentu ada sebab . ingat kejadian di sungai petani , ingat konvensyen di kemaman, ingat lagi tak? dua tempat ini berlaku beberapa perpecahan dalam parti kita. dan seperti biasa pemimpin akan buat berbagai kenyataan, kami diam jugak, saya sediri kenapa saya marahkan azmin.

beberapa tahun dato seri dalam penjara azmin tak ambil peduli pun keselamatan rumah dato seri, beberapa kali raya dia tak ambil tahu pun. sehingga tahun tahun ,bulan bulan akhir sebelum dato seri nak bebas , orang dah tak minat nak datang rumah dato seri , malah setiap hari khamis malam jumaat dah makin kurang orang. saya tahu kerana beberapa tahun saya yg menjaga makan minum malam jumaat , bulan puasa dan hariraya.

orang hariraya balik kampong tapi kami ikhlas berkerja di kediaman dato seri kerana kami fikir dato seri tiada. tapi bila dato seri balik nak menikahkan nurul izzah kami yg selalu bertungkus lumus tidak di benarkan masuk kononya atas arahan azmin,orang yg kami tak kenal tapi kami tahu balaci-balaci azmin jaga pintu. nak panjat pagar ambil gambar pun di herdik.punya celakanya mereka . tak mengapa kami terima.


Disebelah perempuan rumah dato seri yang saya paling rapat saya tidak di benarkan masuk atau mengambil gambar. di tahan di herdik.

Di sebelah lelaki yang saya langsung tak kenal saya di benarkan mengambil gambar malah di beri tugas menyambut tentamu tetamu vvip dan vip.

Bila dato seri bebas rumah itu dah jadi macam penjara. hanya orang tertentu je yg boleh masuk, terutamnaya puak puak kaki ampu ponggong azmin. saya pernah dengar dari beberapa orang kenalan dato seri , dulu waktu dato seri TPM kalau dapat pegang azmin dapatlah jumpa dato seri ataupun dalam kata lain ada bahagian azmin dapatlah jumpa dato seri. tapi saya tak percaya. dan saya tak akan ampu azmin untuk rapat dgn dato seri.

hariraya pertama dato seri di rumah semuanya di kawal oleh azmin. kalau beberapa tahun malam raya saya datang gantung kad kad hariraya. kali ini dah tak boleh masuk, arahan siapa? azmin. apa salah saya dan kawan kawan. adakah kerana kami tak pandai jilat ponggong azmin. kalau macam itu caranya tak ubahlah seperti dalam umno. beratus , berpuluh tuduhan di lemparkan kepada azmin dan dalam pemilihan 2010 beratus tuduhan di lemparkan tapi disebabkan azmin mengunakan antivirus KASPERSKY dia selamat.

adakah azmin ni malaikat sehingga semua tuduhan dato seri kata tak betul. walaupun beribu penafian dari Yb azmin kita kena ingat , azmin bekas anak angkat mahatuahaprak , bekas pemimpin umno, bekas orang kuat umno so segala penipuan cara umno ada dalam kepala otak beliau. ( lagi satu mana ada orang berak tengah jalan nak mengaku dia berak ) kebanyakan ahli dan pemimpin dalam PKR tidak pernah masuk umno jadi kami tak mahir dalam penipuan.


Dato seri kata dato seri tak campur. kak wan pula hanya mendiamkan diri. sehingga dato zaid ambil tindakah mengejut itu ok lah. sdr mustafa kamil ayub salah seorang pemimpin yg di percayai dan kami mempercayainya pun buat kenyataan , ini sudah lain. masakan dato seri tak nampak. atau dato seri nak tunggu parti hancur baru nak ambil tindakan, ingat dato seri ingat kalau dato seri di penjara sekali lagi ,tidak akan ada lagi reformasi kedua.

reformasi pertama orang keluar secara ikhlas. demi keadilan sejagat. kali kedua. no way. mampukan azmin atau parti keluarkan wang untuk suruh orang keluar demonstrasi. mampukan. sebab nanti akan ada yg kaya dalam pengundian boleh keluarkan wang macam umno. so nak suruh kita sokong keluarkanlah wang.

kita tak akan dapat lagi sokongan seperti 1999. ingat tu. tak kan lah tak ada kecacatan langsung pada azmin. come on dato seri. soalan saya satu je dato seri . dato seri nak jaga yg 1 ka atau yg 100.000 .azmin kata dia tidak akan ikut kata zaid atau mustafa dan dia nasihat kita ikut kata ahli.tapi saya nak tanya ikut kata ahli atau ahli yg dah di beli????


Buatlah sesuatu , keluarkan lah suara. ambillah tindakan segera kalau perlu buart pengundian sekali lagi demi parti buat . kalau betul sayangkan parti buat.jangan hancurkan parti yang kami naikkan , berbagai kesensaraan, kesusahan yg kami tanggung.

kami di perli di internet, kami di hina di internet, di sindir di internet , di mana kami nak letak muka. pemimpin tak mengapa sebab ada separuh pemimpin sama macam pemimpin umno ( muka tampal kulit babi ) tapi kami ahli di bawah kami ada maruah dan harga diri. kalau rasa dato seri tak boleh buat keputusan arahkan kak wan buat. back up kak wan untuk buat keputusan.

kami akan menyokong dan mendokong demi parti. buatlah segera dato seri , buat Yb azmin jangan ambil hati , tentu Yb ada buat kesilapan cara umno yg tidak di senangi oleh ahli PKR yg bukan dari umno.

Dato seri saya memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan cara penulisan, dan saya mengaku memang ada yg kasar.tapi ini cara saya .saya tidak pandai bermadah-madah, puisi, puisi, dalam berkata, saya tak pandai mengampu untuk hidup.saya tak pandai kona-kona dalam berkata. saya tidak kisah kalau di pecat dari parti sekali pun kerana tulisan saya ini. bukan parti atau pemimpin yg menanggung makan minum saya tapi haiwan. so for me is nothing.

saya aktif dalam keadilan pun dengan tujuan nak melingkupkan UMNO CABUK . itu sahaja bukan untuk jawatan jawatan atau kontrek dalam parti. atau kerajaan negeri. saya tak kata Dato zaid bagus ,tapi saya kenal azmin dari era reformasi ok. saya ikut setiausaha agong pertama en anuar tahir 3 tahun. saya di ibupejabat 3 tahun.

tentu banyak yg saya tahu dan dengar. kami ada mata dan melihat.kami ahli makin papa kedana pemimpin makin kaya. apa ni. mentekedarah seorang ka. saya tak menuduh sesiapa pun tapi ada mata pandang , ada telinga dengar .

Saya sudahi dengan dua rangkap pantuh yg pernah dato seri keluarkan .satu di persidangan umno 1997 , yg satu lagi di era reformasi.

Akar nibung meresap
Akar mati dalam perahu
terbakar kampong kelihatan asap
trebakar hati siapa yang tahu.

Kalau tanam si pokok koko
Jangan tanam pisang berangan
Kalau takut dengan risiko
Jangan bicara tentang perjuangan.

Pandangan ikhlas dari jamil bin ismail ( jamilkucing ) .


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
di Ahad, November 14, 2010 1 ulasan

Saturday, November 13, 2010

PENGUMUMAN .

KENYATAAN MEDIA. Sabtu 13hb November 2010.

Kami amat menyesali dengan tindakan ini tetapi demi mempertahankan prinsip keadilan, prinsip yang diyakini bahawa kami dipihak yang benar dan Setiausaha Agung (Saifudin Nasution Ismail) serta pihak JPP dan Jawatankuasa Disiplin telah, dengan sengaja, mengkhianati dan menzalimi kami dengan sokongan tangan-tangan ghaib diperingkat pusat yang sejak dari mula lagi terlibat dengan manipulasi dalam urusan Pemilihan Cabang.

Setelah Setiausaha Agung, Saifudin Nasution Ismail mengambil alih mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Jawatankuasa Disiplin PKR yang asalnya diketuai oleh Dr. Molly Cheah dan dianggotai oleh diantaranya Malek Hussain, Sabaruddin, Raden Shamsul Akmar, beliau membuat keputusan untuk mengadakan semula Pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) di Cabang Kuala Nerus dengan memasukkan semula nama calon Ketua Cabang iaitu Muzafeq yang mana sejak dari mula lagi telah dibatalkan oleh JPP kerana penama tersebut hilang kelayakkan oleh sebab-sebab seperti yang telah dimaklumkan dalam lampiran bukti ‘Borang Bantahan Pencalonan’ tempohari. Dan Jawatankuasa Disiplin pula tidak mengambil sebarang tindakan keatas individu-individu yang terlibat memulakan serta melakukan pergaduhan dan kekecohan pada Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu.

Semasa Mesyuarat Agung Tahunan tersebut, pihak Pengawas Pemilihan JPP yang telah dihantar oleh PKR Pusat seramai (4) empat orang yang diketuai oleh saudara Faizul Latif, telah dengan sengaja tidak melapurkan kejadian dan situasi sebenar kepada Pusat, dan telah membuat keputusan yang amat tidak rasional dan diluar autoriti beliau (kerana telah diugut) sepertimana yang telah diarahkan oleh Raden Shamsul Akmar (SUK Pusat cum Penyelaras JPP). Ini adalah satu agenda JAHAT DAN KHIANAT yang telah dilakukan oleh mereka. Semoga mereka yang terlibat dilaknat Allah swt. Kami sedikitpun tidak akan Redha dengan perkara ini.

Setelah Surat Protes Rasmi yang menceritakan keadaan sebenar yang berlaku di MATC pada 25hb September yang lalu dan Lampiran Laporan Polis yang telah dibuat, pihak SUA dan JPP telah tidak mengambil kira aduan tersebut dan ini merealisasikan sikap sebenar mereka dan ‘double-standard’ yang diamalkan oleh individu oportunis dan hipokrit di Pimpinan Pusat yang didalangi sepenuhnya oleh Saifuddin Nasution Ismail (SUA) .

Sebagaimana kenyataan media dari JPP pada 29hb September 2010 oleh Dr.Molly Cheah dan arahan dari Presiden bahawa JPP akan bertindak tegas dan memecat ahli yang terlibat mencetuskan kekecohan dan pergaduhan pada MATC lalu nampaknya hanya retorik semata-mata.

Majlis Pimpinan Wanita dan seluruh Jawatankuasanya yang berhak hadir dalam MATC telah memutuskan untuk tidak bersetuju diadakan semula Pemilihan di MATC kerana mereka mengalami kesan trauma dengan keganasan yang dicetuskan pada hari tersebut.

Kami berpendapat pihak SUA dan JPP serta mana-mana individu yang terlibat, telah meremeh dan merendahkan minda, moral dan maruah kami. Kami rasa perjuangan menegakkan keadilan dinegara ini tidak akan terlaksana selagi golongan opportunis seperti ini terlibat didalam PKR yang mana individu-individu ini hanya muncul apabila tiba masa memungut, merampas hasil titik peluh, jerih payah yang telah disemai,dibaja dan dituai oleh kami sejak dari zaman reformasi lagi.

Oleh itu, diatas sebab persoalan tentang ketelusan, kepincangan dan berat-sebelah pihak Pusat, kami seluruh Pimpinan dan Jawatankuasa Cabang, bersama dengan seluruh Pimpinan Wanita dan AMK, dengan berat hati mengisytiharkan Perletakan Jawatan dalam Parti peringkat Chabang berkuatkuasa serta merta dan memutuskan untuk menarik diri dari bertanding semua jawatan dalam Pemilihan Chabang dan menyerahkan urusan pentadbiran Cabang Kuala Nerus kepada Majlis Pimpinan Negeri Terengganu.

Lawan tetap Lawan.

Sekian.

Wan Bukhari Wan Mohamad.
Keahlian No. T030000378.
(Ketua Cabang Kuala Nerus)

Raduan Bistaman.
Keahlian No. T030000390.
(Setiausaha).

Monday, November 8, 2010

Dato'Zaid Tarik Diri..





Nov 8, 2010
Kategori: Siaran Akhbar
Powered by Translate

Saya ingin mengumumkan pengeluaran saya sebagai calon dari pertandingan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat dan pengunduran diri saya dari semua jawatan diadakan di parti.

Saya ditawari untuk bergabung dengan parti ini di bawah kepercayaan bahawa saya boleh mempromosikan pencerahan dan politik progresif, memelihara dan mengembangkan nilai-nilai politik berprinsip dan budaya yang saya anggap penting bagi perkembangan demokrasi dan tata pemerintahan yang baik di negeri ini. Saya salah.

Selama pemilihan parti, peristiwa telah menunjukkan bahawa kepimpinan secara aktif membenarkan tindakan pelbagaicara dan kecurangan dalam pilihan raya untuk mencapai tujuan tersebut dirancang. Saya yakin bahawa setiap parti politik dengan nilai-nilai munafik dan palsu tersebut tidak akan boleh menawarkan reformasi yang bererti bagi rakyat negara ini.

Saya telah membuat keputusan ini kerana tidak ada usaha pada bahagian dari pimpinan parti untuk mengatasi pelbagai masalah manipulasi dan amalan-amalan pilihan raya yang tidak adil, walaupun isu ini diangkat berkali-kali.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah menyokong saya dan ditempatkan iman mereka di jalan reformasi. Ini adalah kekecewaan sepenuhnya bahawa saya tidak boleh meneruskan proses pemilihan cacat. Saya tetap komited untuk menjadi Pembangkang dan akan terus bercakap tentang isu-isu dari orang biasa. Bersama, kita akan terus meneruskan perjuangan berterusan kami terhadap kerajaan yang lebih baik untuk rakyat.

Akhirnya, saya berharap para peminat yang memuja Anwar Ibrahim tidak akan lagi menganggap saya sebagai "spoiler" penghalang diperjalanan mereka ke Putrajaya. Saya doakan mereka dengan baik.



Zaid Ibrahim

Isnin, 8 November, 2010

Thursday, November 4, 2010

Calon timbalan presiden PKR gesa pemilihan ditangguh, selesai semua isu


November 04, 2010

KUALA LUMPUR, 4 Nov — Ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersiap sedia untuk mengadakan pusingan susulan pengundian hujung minggu ini, calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub minta agar pemilihan ditangguhkan kerana banyak isu dipertikaikan belum diselesaikan.

“Justeru, bagi memastikan kelangsungan perjuangan parti yang berlandaskan keadilan untuk semua, kami mohon supaya status JPP ini digantung dan proses pemilihan parti ditangguhkan sehingga kita yakin sepenuhnya badan atau jawatankuasa pemilihan ini mengambil tindakan yang proaktif membaiki kelompangan yang ada.

“Tindakan ini perlu, supaya ianya tidak akan menimbulkan pelbagai masalah dalam proses Pemilihan Parti 2010 seterusnya,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Mustaffa Kamil bersaing bersama Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim.

Pengundian tiga hari pertama mulai Jumaat hingga Ahad lalu membabitkan 68 cabang menyaksikan Azmin berada di depan dan disusuli oleh Zaid dan Mustaffa.

Cadangan agar pemilihan ditangguhkan dan diselesaikan segala isu berbangkit bukan pertama kali dikemukakan.

Ia pernah dibangkitkan oleh Mustaffa sendiri dan beberapa pihak lain sebelum dan selepas pemilihan bahagian berakhir.

Dalam kenyataan media hari ini, Mustaffa yang juga Pengerusi PKR Perak berkata, “kami juga menegaskan, bentuk tindakan yang kami lakukan ini adalah kerana kami meletakkan kepentingan parti itu di atas, malah juga untuk menjaga keharmonian dan kepentingan parti ini.”

Kata beliau, hasrat baik pendekatan parti untuk memberi kuasa memilih kepada kepada setiap anggota pastinya tergugat dan terhalang sekiranya badan atau jawatankuasa yang dilantik tidak dapat berperanan dengan sebaiknya.

“Kita tidak mahu anggota parti sendiri ditipu dan dizalimi oleh kerana kepentingan pihak tertentu sepertimana apa yang kita perjuangkan untuk memberi keadilan untuk semua.

“Suara anggota akar umbi mestilah dikembalikan dalam PKR,” katanya lagi.

Friday, October 29, 2010

PENGASAS PKR DAKWA PILIH KASIH DALAM JK PEMILIHAN PUSAT.


Jumaat Oktober 29, 2010

KUALA LUMPUR: Salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ng Lam Yong pada Jumaat mendakwa wujud pilih kasih dalam Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), sehingga menyebabkan beliau tidak dapat bertanding jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), walaupun layak bertanding.

Walaupun dicalonkan oleh dua cabang dari Sabah dan Sarawak, beliau mendakwa cabang tersebut tidak dimaklumkan oleh JPP tarikh akhir penghantaran nama calon kepada ibu pejabat dan hanya mengetahuinya selepas tarikh tutup pengesahan calon pada 16 Okt lepas.

Ng percaya apa yang berlaku kepada dirinya mungkin mempunyai kaitan dengan pendedahan beliau pada 30 Sept lepas, bahawa Naib Presiden PKR Azmin Ali merancang dan menjalankan komplot untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Saya nampak sekarang ini ada satu tangan hitam yang masuk parti untuk campur tangan tentang pemilihan ini. Dulu ada orang cakap PKR ada anak emas... sekarang saya tafsirkan bukan anak emas (tapi) ahli emas".

"Sesiapa yang menyentuh masalah...yang menyentuh perkara yang berkaitan ahli emas ini akan kena balasan. Ini bukan keadilan...ini sudah sampai satu tahap yang begitu serius sekali," katanya pada satu sidang akhbar di sini.

Ng yang kini anggota biasa parti, berkata beliau juga menerima maklumat bahawa ada lagi pemimpin lain dalam PKR yang turut tidak dapat bertanding walaupun menerima pencalonan yang secukupnya untuk layak bertanding, disebabkan tidak dimaklumkan oleh JPP.

Katanya walaupun 24 cabang dari seluruh negara telah membuat aduan mengenai pelbagai perkara melibatkan pemilihan parti, namun mendakwa tiada sebarang respons di atas hal ini.

Menurut Ng yang pernah menjadi anggota MPT selama dua penggal, beliau akan mengumpulkan maklumat mengenai masalah melibatkan pemilihan parti dari seluruh negara dan akan mengumumkan tindakan susulan minggu depan.

Katanya PKR yang selalu mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dalam mengadakan pilihan raya di negara ini, harus menunjukkan teladan baik dengan mengadakan proses pemilihan yang telus dalam parti.

Pemilihan bagi jawatan tertinggi PKR akan bermula hari ini hingga 21 Nov ini, manakala kongres kebangsaan parti dari 26 hingga 28 Nov.

Ng juga mendakwa bahawa calon PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah bukan calon pilihan PKR Sabah tetapi "dipilih oleh beberapa orang atasan sahaja" dalam parti itu.

"Saya dapat maklumat bahawa calon PKR bukan calon sebenar yang dikehendaki PKR Sabah...walaupun sudah empat hari kempen bermula tetapi banyak jawatankuasa perhubungan negeri tidak turun padang.

Jentera pilihan raya PKR Sabah...tidak sampai 10 peratus turun (berkempen)," katanya mengenai pilihan raya kecil tiga penjuru antara Barisan Nasional, Parti Maju Sabah dan PKR itu. - BERNAMA

Sunday, October 10, 2010

SIAPAKAH WANITA PERTAMA DI MALAYSIA


Isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu dikatakan menghina Raja Permaisuri Agung dengan merampas gelaran yang pada sisi Perlembagaan adalah hak Tuanku Nur Zahirah yang selayaknya digelar Wanita Pertama Malaysia.

"Imej beliau di kalangan Wanita Pertama negara Eropah dan Amerika Syarikat sudah tercalar. Mereka tidak mahu dikaitkan dengan beliau yang terpalit dengan bermacam-macam tuduhan yang memalukan negara.

"Yang peliknya bagaimana seorang yang tidak layak memanggil dirinya wanita Pertama atau First Lady dari segi Perlembagaan Persekutuan boleh menganjurkan sidang kemuncak yang mengumpulkan wanita Pertama negara lain walhal beliau sendiri bukan dalam kedudukan itu. Ini amat memalukan imej negara," kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi Suara Keadilan.

Zuraida berkata tindakan Rosmah membelakangkan Tuanku Nur Zahirah dengan 'menyamar' sebagai wanita Pertama adalah sesuatu yang mencerminkan kejelekan peribadi beliau.

Malah lebih memalukan dakwaan Rosmah yang mengaku sebagai Wanita Pertama Malaysia dipertikai bukan sahaja oleh pakar Perlembagaan dan juga rakyat negara tetapi pernah dibahaskan semasa sidamng Parlimen.

Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Memang kita sudah bawa isu ini di dalam Parlimen dan saya sudah pun membahaskan perkara ini pada sidang yang lepas. Jadi kita akan teliti lagi sekali dan saya akan persoalkan mengapa kerajaan boleh berikan peruntukan dana awam untuk sidang kemuncak ini serta apa peranan dan keperluan penganjuran sidang berkenaan?

"Meskipun telah beberapa kali Rosmah mendapat teguran dan kritikan berhubung sikap beliau yang membelakangi Raja Permaisuri Agong dengan menganggap dirinya sebagai Wanita Pertama negara, namun dia tidak pernah peduli dan ambil kira pandangan dan teguran," tegas Zuraida.

Tambah Zuraida, Rosmah juga masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran terhadap beliau berhubung isu iklan berwarna dua halaman penuh yang memaparkannya di dalam di New York Times pada April lalu.

Iklan tersebut menyebut ucapan tahniah kepada 'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Apa yang menyedihkan kata Zuraida, Perdana Menteri juga menidakkan peruntukan Perlembagaan sambil menyokong Rosmah mengguna gelaran itu dengan mengatakan, 'Wanita Pertama tidak semestinya adalah Permaisuri'.

"Saya nak tanya Najib, nombor satu tu apa, kalau hanya setakat inilah pengetahuan beliau, dia kena belajar balik ilmu kira-kira," sindir beliau

"Ini jelas menampakkan Rosmah tidak menghirau dan menghormati Perlembagaan sedangkan di negara kita memang tidak pernah wujud istilah 'Wanita Pertama'.

"Malangnya apabila Najib dan Rosmah menguasai pentadbiran negara, mereka guna istilah ini dalam negara yang berkonsepkan Raja Berpelembagaan. Mereka tidak ada mengetahui sejarah negara dan tidak peduli kepentingan Perlembagaan," ujar Zuraida lagi.

Sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama mengenai agenda memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.SK

Monday, October 4, 2010

Ulasan Us Zaharuddin Pemberian Wang Ehsan Di Pulau Pinang




Zaharuddin Abd Rahman

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya.

Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran’ dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM

Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, kepercayaan warga emas tersebut adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi’. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 ).

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia juga memfatwakan keharusannya pada tahun 2009. Buka teks fatwa di sini

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut :-

Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta’lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:

Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu’ , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-

Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : “Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita”. Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara’ yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa’ sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu’asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma’ wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda Ù‡

Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas’ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN

· Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka bercampur antara wang halal dan haram.

· Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini. Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.

· Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara’. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.

· Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.

· Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

www.zaharuddin.net

Zaharuddin adalah pensyarah di UIAM dan juga ahli majlis penasihat Shariah di beberapa bank di dalam negara ini.

Thursday, September 23, 2010

MATC CABANG KUALA NERUS

PADA SEMUA ANGOTA CABANG KUALA NERUS ,MESYUARAT AGONG CABANG KUALA NERUS PADA 25 HB SEPTEMBER 2010 (SABTU) JAM 10.00 PAGI DI PEJABAT PARTI KEADILAN RAKYAT TAMAN DESA SOLEHAH KG PADANG AIR (HADAPAN SEK.KEB. PADANG AIR) SEMUA ANGOTA CABANG KUALA MESTI MENUNAIKAN KEWAJIPAN SEBAGAI ANGOTA PARTI.SEMUA AHLI MESTI MEMBAWA BERSAMA KAD PENGENALAN SEBAGAI PENGESAHAN AHLI CABANG.SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DENGAN WAN BUKARI 017-9304344

Tuesday, September 21, 2010

RENUNGAN KITA BERSAMA

Dari Jeram Pasu: Isnin, 6hb. September, 2010 - 10:11 am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago... Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan...

Assalamu'alaikum... Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? Memanglah... Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham... diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal... sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.

Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

TPU - Untuk perkongsian sebagai teladan... terima kasih pada sumber (tiki md )

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA KAMI SELURUH PKR KUALA NERUS,PADA YANG MEMANDU BERHATI HATI DI JALAN RAYA

Saturday, September 4, 2010

Senarai Nama Penamaan Calon Di Kuala Nerus

JAWATAN CABANG DITANDINGI
1 KETUA CABANG 1 AB.AZIZ BIN SIDI AB.LATIFF
(1 JAWATAN) 2 MUZAFEQ AFFYULZAIFUZAN B. MAMAT@MUHAMMAD

2 TIMBALAN KETUA 1 WAN BUKHARI BIN WAN MOHAMAD
CABANG 2 GHAZALI B. MAT.MIN
(1 JAWATAN)

3 NAIB KETUA 1 SHAMSUDDIN B. ISMAIL
CABANG 2 MD ZUKI BIN EMBONG
(1 JAWATAN)
Semua jawatan bagi jawantankuasa Cabang menang tanpa bertanding

Pertandingan AMK Cabang Kuala Nerus

1 KETUA 1 AHMAD RAFZI B MOHAMAD@RAMLI
AMK CABANG 2 ZIKRI BIN MUDA
(1 JAWATAN)

2 TIMBALAN KETUA 1 AHMAD FITRI BIN ALIAS (menang tanpa bertanding)
AMK CABANG
(1 JAWATAN)

3 NAIB KETUA 1 SHAMSUDDIN B. ISMAIL
AMK CABANG 2 SAADO BIN MD NOR
(1 JAWATAN) 3 MOHD NIZAM BIN ABDILLAH

Jawatan AJK AMK menang tanpa bertanding

Bagi semua Jawatan Wanita menang tanpa bertanding tahniah di ucapkan kepada Ketua Wanita Wan Khairani Wan Husin ,timbalan Ketua Puan Rokiah bt Md Yusuf dan seluruh Jawatankuasa beliau yang akan memimpin Wanita Kuala Nerus bagi penggal 2010-2013

Penamaan Calon MATC sessi 2010 - 2013.



Hari ini Sabtu 04 September, Penamaan Calon Pemilihan sessi 2010 - 2013 bagi Cabang Kuala Nerus bermula 10am hingga 04pm diadakan di pejabat PKR Kuala Nerus.Senarai Pengawas 1-Dr Yahaya Rahman (Ketua) - 0139215468. 2-Nik Ab.Halim Che Ya. 3- Chin Fook Cheen. 4- Ruzita Ismail.

Tuesday, August 31, 2010

HAMPER !!!


Letih balik dari program bubur lambuk dan majlis berbuka puasa anjuran PKR Cabang Kuala Nerus sebentar tadi,lepas solat Terawis...
Mr.Ng Chai Hing (Pengerusi DAP Terengganu) tiba-tiba datang rumah aku menghadiahkan 'Hamper HariRaya' katanya,juga acara tahunan Mr.Ng untuk rakan-rakan muslimnya.
Terimakasih Mr.Ng..

Majlis Berbuka Puasa.



Majlis Berbuka Puasa anjuran PKR Cabang Kuala Nerus telah diadakan petang tadi di Restoran D'Tunggal.Program tahunan ini menjemput semua AJK dan penduduk sekitar.Terimakasih untuk YB Zuraida Kamaruddin (Ketua Wanita PKR Pusat)kerana menyumbang sedikit dana bagi menjayakan program.

Program Agih Bubur Lambuk.






AJK PKR Cabang Kuala Nerus hari ini bergotong-royong & bertungkus lumus sejak pagi menjayakan program tahunan bulan Ramadhan memasak bubur lambuk dan mengagihkan kepada orangramai disekitar bazar ramadhan di Parlimen Kuala Nerus petang tadi.Program diketuai oleh Ketua Cabang saudara Wan Bukhari Wan Mohamad mendapat sambutan amat menggalakkan bermula di bazar Batu Enam kemudian di bazar Gong Badak (berhampiran UDM).Agihan bubur lambuk juga sempat dihantar untuk pelajar Tahfiz.Tahniah kepada yang terlibat walaupun amat meletihkan.