Tuesday, August 31, 2010

HAMPER !!!


Letih balik dari program bubur lambuk dan majlis berbuka puasa anjuran PKR Cabang Kuala Nerus sebentar tadi,lepas solat Terawis...
Mr.Ng Chai Hing (Pengerusi DAP Terengganu) tiba-tiba datang rumah aku menghadiahkan 'Hamper HariRaya' katanya,juga acara tahunan Mr.Ng untuk rakan-rakan muslimnya.
Terimakasih Mr.Ng..

Majlis Berbuka Puasa.



Majlis Berbuka Puasa anjuran PKR Cabang Kuala Nerus telah diadakan petang tadi di Restoran D'Tunggal.Program tahunan ini menjemput semua AJK dan penduduk sekitar.Terimakasih untuk YB Zuraida Kamaruddin (Ketua Wanita PKR Pusat)kerana menyumbang sedikit dana bagi menjayakan program.

Program Agih Bubur Lambuk.






AJK PKR Cabang Kuala Nerus hari ini bergotong-royong & bertungkus lumus sejak pagi menjayakan program tahunan bulan Ramadhan memasak bubur lambuk dan mengagihkan kepada orangramai disekitar bazar ramadhan di Parlimen Kuala Nerus petang tadi.Program diketuai oleh Ketua Cabang saudara Wan Bukhari Wan Mohamad mendapat sambutan amat menggalakkan bermula di bazar Batu Enam kemudian di bazar Gong Badak (berhampiran UDM).Agihan bubur lambuk juga sempat dihantar untuk pelajar Tahfiz.Tahniah kepada yang terlibat walaupun amat meletihkan.

Norazimah Mohamad Nor - Jangan cela REFORMASI

Kenyataan Norazimah Mohamad Nor
Aktivis Reformasi 1998
Ahli PAS
Email : nnora75reform@gmail.com
Telefon : 0123804575 – untuk pengesahan penulisan kenyataan berikut.

Sungguhpun ini adalah pemilihan Angkatan Muda Keadilan, Parti Keadilan Rakyat Malaysia namun saya mengambil keputusan untuk menyangkal apa yang telah dikatakan oleh Rafizi Ramli dalam artikel Ketua AMK: 3 penjuru, Nurul Izzah tak tanding pada 26hb Ogos 2010 tulisan Jiadie Shah Osman.

Rafizi Ramli yang hadir untuk bertanding sebagai Ketua AMK mengambil pendekatan untuk melenyapkan era perjuangan Reformasi 1998 dengan melabel nya sebagai satu cetusan perasaan sentimental. Beliau dengan nada sombong mengatakan mahu membawa era baru dalam AMK dan tidak semata-mata bersandarkan ghairah dan semangat. Sikap ini perlu di tolak kerana sikap ini bagi saya adalah sikap egois kumpulan elitis yang tidak pernah tahu makna dan erti perjuangan pada zaman era reformasi 1998. Perlu diingatkan kepada beliau bahawa hadirnya beliau untuk bertanding dalam parti sebagai Ketua Angkatan Muda adalah kerana perkembangan dan kejayaan perjuangan mereka dari golongan reformasi selama ini. Sikap angkuh dan sikap elitis beliau bagi saya adalah sikap yang saling tidak tumpah dengan apa yang ada dalam Pemuda UMNO – sikap Khairy Jamaluddin serta elitis dalam kepimpinan Pemuda UMNO.

Sungguhpun saya telah menyertai PAS tetapi sebarang tindakan yang memperkecilkan, mempersendakan dan mencalarkan apa yang telah di perjuangkan oleh golongan reformasi perlu di bela. Sungguhpun kenyataan ini bukan kenyataan rasmi kerana mereka yang terlibat dalam gerakan reformasi tidak terikat dalam kerangka organisasi tersendiri tetapi saya percaya mereka yang pernah terlibat dalam gerakan reformasi pasti akan membantah. Ramai antara kita yang lahir dalam gerakan reformasi turut berjuang secara formal – beralaskan struktur parti dan berjuang dengan menggunakan segala saluran – baik media, baik dengan cara demonstrasi dan tulisan-tulisan ilmiah tetapi mereka tidak pernah mencerca perjuangan reformasi apa lagi mahu mengambil alih makna kebangkitan rakyat yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim dan disambut dengan berani dan menyeluruh oleh gerakan reformasi.

Saya dengan itu secara terbuka akan menolak mereka yang tiba-tiba hadir kononnya mahu menjana kejayaan kepada parti atas pengorbanan pejuang-pejuang sebelum ini. Lebih buruk dengan memperkecilkan gerakan reformasi yang telah berjuang dan berkorban secara menyeluruh untuk menyaksikan keadilan terbela.

Saya juga menolak kemungkinan Anwar Ibrahim memberi restu kepada mereka kerana restu dan apa yang disebut sebagai “cai” adalah budaya politik buruk yang akhirnya tidak membezakan PKR dengan UMNO lantas memberi impak negatif kepada Pakatan Rakyat secara keseluruhan. Kempen perebutan ini juga dilihat bermula dengan kehadiran Rafizi Ramli dan tidak mustahil kerana beliau sokongan terhadap PRK akan dipersoalkan oleh golongan reformasi.

Kenyataan ini adalah pandangan saya, Norazimah Mohd Nor, sebagai aktivis reformasi. Kenyataan ini juga sebagai rekod sah boleh di lihat pada FACE BOOK saya – Norazimah Mohd Nor

Saturday, August 28, 2010

Program Bubur Lambuk PKR Cabang Kuala Nerus

Bertemu kembali di bulan Ramadhan kali ini,PKR Cabang Kuala Nerus seperti biasa program di bulan ramadhan akan mengagihkan Bubur Lambuk di sekitar pasar ramadhan di dalam Parlimen Kuala Nerus pada 31.Ogos 2010 (selasa)jam 5.00 petang.Pada semua penduduk sekitar kuala nerus nantikanlah kunjungan kami di pasar ramadhan anda untuk mendapatkan bubur lambuk secara percuma Keadilan Kuala Nerus,pada kali ini juga pihak kami akan mengagihkan bubur lambuk pada sekolah pondok di dalam parlimen Kuala Nerus,kepada mereka yang ingin memberi sumbangan boleh memasukan kedalam akaun akuan PKR Cabang K.Nerus atau berhubung dengan Ketua Cabang Wan Bukhari di talian 017-9304344.

Friday, August 13, 2010

Dari Meja Ketua Cabang.

SEKOLAH HAMIL KEPADA REMAJA - MENCEGAH LEBIH BAIK DARI UBATI.

Mengikut sumber-sumber dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) statistik pendaftaran anak luar nikah menunjukkan peningkatan dari tahun ketahun. Menurut JPN pada tahun 2007 saja seramai 16,100 orang anak luar nikah telah didaftarkan. Jumlah ini meningkat kepada 16,541 orang pada tahun 2008 dan pada tahun 2009 bertambah lagi kepada 17,303 orang. Lebih memeranjatkan lagi dalam masa 5 tahun terakhir ini, JPN telah mencatatkan seramai 74,723 orang anak luar nikah dari kalangan orang Melayu Islam telah didaftarkan. Di Terengganu saja sebagaimana dilapurkan didalam Sinar Harian beberapa minggu yang lepas tercatat 1,160 kes anak luar nikah sehingga kini.

Kes pembuangan bayi kini makin mengerunkan terutama di kalangan remaja hamil. Berdasarkan statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi tempoh lima tahun sejak tahun 2005, Selangor mencatatkan 105 kes pembuangan bayi diikuti 83 kes di Johor. Bagi tempoh yang sama, Sabah merekodkan 65 kes, Sarawak 34 kes, Negeri Sembilan 24 kes, Pulau Pinang 22 kes, Perak 19 kes, Pahang dan Kedah sama-sama 17 kes, Kelantan 10 kes, Terengganu 5 kes, Melaka 3 kes, Kuala Lumpur 2 kes dan Perlis 1 kes.

Mengikut statistik dari Jabatan Siasatan Jenayah PDRM menunjukkan lebih dari 90% mangsa terlibat dengan jenayah seks dibawah umur 18 tahun. Angka ini bertambah setiap tahun, setakat bulan Januari – Jun 2010 saja dari 1,295 kes sebanyak 324 kes terbabit remaja bawah 18 tahun. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi ketika persidangan Dewan Negara baru-baru ini, mendedahkan 21 kes remaja yang mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak tahun 2006 hingga kini adalah dari kalangan pelajar. Hasil dari siasatan oleh pihak kementerian menunjukkan bahawa 20 kes adalah suka sama suka antara pasangan manakala 1 kes lagi melibatkan kes rogol.

Kewujudan sekolah hamil ini belum cukup kukuh untuk membendung gejala sosial yang sedang melanda remaja kita, malah ia dikhuatiri akan mencetuskan pelbagai masaalah susulan yang lebih negatif dan kritikal lagi. Antaranya mungkin timbul gangguan terhadap pelajaran, akibat tumpuan tanggungjawab sebagai suami isteri dan sebagainya.

Didalam kes ini kita lebih baik mencari jalan memantau atau mengatasi daripada pelaksaan bagi sekolah remaja hamil, bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati? Malaysia kini sudah ada membina dan mengurus banyak pusat serenti dan pemulihan akhlak bagi remaja telanjur. Tidak dinafikan ianya membantu se-setengah remaja, tetapi sejauh manakah keberkesanannya dalam membentuk sahsiah remaja yang lain. Pandangan saya , jika benar-benar mahu mencegahnya, perlu bermula sekarang dan terbaik gunakan kaedah Islam. Sebenarnya semua pihak perlu memainkan peranan, ibu-bapa, institusi sekolah, jabatan agama, kementerian, kesatuan pelajar dan sebagainya.

Didalam pelajar keagamaan disekolah kini hanya nampaknya sekadar untuk lulus peperiksaan saja, ianya tidak untuk amalan. Kebekalian remaja hamil ini berpunca dari remaja yang mempunyai masaalah disiplin disekolah. Dengan mencegah pelajar-pelajar bermasaalah ini dari akar umbi adalah lebih berkesan, melentur buluh biarlah dari rebunnya. Pihak kerajaan dicadangkan menggalakkan aktiviti-aktiviti keagamaan di sekolah, IPTA/IPTS, surau dan masjid dikampong-kampong atau kawasan perumah. Kursus kepada pelajar bermasaalah bagi menerapkan kefahaman tentang Islam, umpama nya menitikberakkan kecemerlangan didunia dan akhirat. Semua peringkat perlu memahamkan remaja kita bahawa perkara keji dan mungkar boleh dicegah dengan penekanan penting nya menunaikan solat serta menghayati agama dengan lebih mendalam.

Didalam perkara ini wajar lah kerajaan mewujudkan undang-undang melarang melakukan perhubungan seks tanpa kahwin untuk semua, tidak hanya kepada umat Islam saja. Ini kerana kes pembuangan bayi tidak hanya berlaku dikalangan masyarakat Islam.


Oleh
Wan Bukhari bin Wan Mohamad
Ketua Cabang Kuala Nerus.

Thursday, August 5, 2010

Assalammualaikum YAB Perdana Menteri

SELOKA SELAMAT BERCUTI PERDANA MENTERI


Assalammualaikum YAB Perdana Menteri;
Dengar khabar sedang bercuti;
Bercuti pula diluar negeri;
Ini adalah nukilan buat Datuk Seri.

Rakyat menghadapi inflasi yang tinggi;
FDI pula merudum lagi;
Jenayah kian menjadi-jadi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri....

UPSR + PMR tak menentu lagi;
Dikurangkan pulak rakyat punya subsidi;
Harga petrol/desil gas masak dan gula naik lagi;
RM222 juta kepada Kuala Dimensi Kerajaan kasi;
Perdana Menteri bercuti di luar negeri .....

Kasihan Mak Tijah hidup sendiri;
Bajetnya sekadar pencen arwah suami;
Barangan keperluan pula melambung tinggi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri....

Muthusamy pergi kerja setiap hari;
Dia kerja bawa teksi;
Mengeluh dia minyak sekarang kurang subsidi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.....

Ong sekarang senyum sendiri;
PKFZ punya hantu sudah mali;
Ling Liong Sik punya trial sandiwara lagi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.....

Joseph mengeluh sekali lagi;
Apa sudah jadi kes Project M d Sabah ni;
Pendatang haram pun dapat IC;
Kepada BN undi mereka beri;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri ....

Kasihan Kaum Penan d bumi sendiri;
Tanah serta hutan mereka sudah menjadi milik kroni;
Nak hidup macam mana mereka nanti;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri;
Bercuti bukan dengan duit sendiri;
Ambil duit rakyat dan negeri;
Inilah KPI Perdana Menteri.


Nota:
Seloka oleh:
SAFARIZAL SALEH
Penolong Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

ENAM PRESIDEN UMNO ala ape ha...?

(sila klik untuk besarkan imej)

Monday, August 2, 2010

SAMPAIKANLAH KEPADA PARA WANITA .


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Hadis Rasul saw. mengenai wanita:

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Wallahua'lam..
Ya Allah, adakah aku ini hamba-MU yang layak untuk merindui syurgaMu.Tak t'daya rasanya menuju ke sana lantaran godaan syaitan & hawa nafsu.

Petikan : Syam Mazhar (facebook).

CERAMAH 'SELAMATKAN MALAYSIA' DI KUALA NERUS.




Program Ceramah 'Selamatkan Malaysia' akan diadakan oleh PKR Cabang Kuala Nerus di Kampung Kubang Badak (Hadapan Pintu Pagar Kem PGA) :

Penceramah;

1- Badrul Hisham Shaharin (Che'Gu Bard)-Ahli MPT PKR Pusat.

2- Tn.Hj.Abd.Rahman Yusof - Pengerusi PKR Terengganu.

3- Sdra.Ng Chai Hing - Pengerusi DAP Terengganu.

4- Ust.Abd.Aziz Abbas - AJK PAS Besut.

Masa;

9.30 pm 08 Ogos 2010 (Ahad).

Tempat;

Hadapan Kem PGA,Kampung Kubang Badak,Kuala Nerus,Terengganu.