Tuesday, August 31, 2010

Norazimah Mohamad Nor - Jangan cela REFORMASI

Kenyataan Norazimah Mohamad Nor
Aktivis Reformasi 1998
Ahli PAS
Email : nnora75reform@gmail.com
Telefon : 0123804575 – untuk pengesahan penulisan kenyataan berikut.

Sungguhpun ini adalah pemilihan Angkatan Muda Keadilan, Parti Keadilan Rakyat Malaysia namun saya mengambil keputusan untuk menyangkal apa yang telah dikatakan oleh Rafizi Ramli dalam artikel Ketua AMK: 3 penjuru, Nurul Izzah tak tanding pada 26hb Ogos 2010 tulisan Jiadie Shah Osman.

Rafizi Ramli yang hadir untuk bertanding sebagai Ketua AMK mengambil pendekatan untuk melenyapkan era perjuangan Reformasi 1998 dengan melabel nya sebagai satu cetusan perasaan sentimental. Beliau dengan nada sombong mengatakan mahu membawa era baru dalam AMK dan tidak semata-mata bersandarkan ghairah dan semangat. Sikap ini perlu di tolak kerana sikap ini bagi saya adalah sikap egois kumpulan elitis yang tidak pernah tahu makna dan erti perjuangan pada zaman era reformasi 1998. Perlu diingatkan kepada beliau bahawa hadirnya beliau untuk bertanding dalam parti sebagai Ketua Angkatan Muda adalah kerana perkembangan dan kejayaan perjuangan mereka dari golongan reformasi selama ini. Sikap angkuh dan sikap elitis beliau bagi saya adalah sikap yang saling tidak tumpah dengan apa yang ada dalam Pemuda UMNO – sikap Khairy Jamaluddin serta elitis dalam kepimpinan Pemuda UMNO.

Sungguhpun saya telah menyertai PAS tetapi sebarang tindakan yang memperkecilkan, mempersendakan dan mencalarkan apa yang telah di perjuangkan oleh golongan reformasi perlu di bela. Sungguhpun kenyataan ini bukan kenyataan rasmi kerana mereka yang terlibat dalam gerakan reformasi tidak terikat dalam kerangka organisasi tersendiri tetapi saya percaya mereka yang pernah terlibat dalam gerakan reformasi pasti akan membantah. Ramai antara kita yang lahir dalam gerakan reformasi turut berjuang secara formal – beralaskan struktur parti dan berjuang dengan menggunakan segala saluran – baik media, baik dengan cara demonstrasi dan tulisan-tulisan ilmiah tetapi mereka tidak pernah mencerca perjuangan reformasi apa lagi mahu mengambil alih makna kebangkitan rakyat yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim dan disambut dengan berani dan menyeluruh oleh gerakan reformasi.

Saya dengan itu secara terbuka akan menolak mereka yang tiba-tiba hadir kononnya mahu menjana kejayaan kepada parti atas pengorbanan pejuang-pejuang sebelum ini. Lebih buruk dengan memperkecilkan gerakan reformasi yang telah berjuang dan berkorban secara menyeluruh untuk menyaksikan keadilan terbela.

Saya juga menolak kemungkinan Anwar Ibrahim memberi restu kepada mereka kerana restu dan apa yang disebut sebagai “cai” adalah budaya politik buruk yang akhirnya tidak membezakan PKR dengan UMNO lantas memberi impak negatif kepada Pakatan Rakyat secara keseluruhan. Kempen perebutan ini juga dilihat bermula dengan kehadiran Rafizi Ramli dan tidak mustahil kerana beliau sokongan terhadap PRK akan dipersoalkan oleh golongan reformasi.

Kenyataan ini adalah pandangan saya, Norazimah Mohd Nor, sebagai aktivis reformasi. Kenyataan ini juga sebagai rekod sah boleh di lihat pada FACE BOOK saya – Norazimah Mohd Nor

No comments:

Post a Comment