Tuesday, June 29, 2010

Kelas Jahitan Langsir.

Kelas jahitan langsir akan bermula pada 2 Julai ini (jumaat) jam 3:00 petang bertempat di pejabat Keadilan Kuala Nerus di Kampung Padang Air.Kepada mereka yang berminat boleh berhubung dengan Puan Wan Khairani(012-9282117).Menurut Pn Wan Khairani Kelas jahitan langsir ini akan di adakan pada hari Jumaat dan Sabtu setiap minggu selama dua bulan.

PKR yang di rombak apasal UMNO yang terlompat - lompat?


Oleh: LeeSlimShady

"Naib Presiden PKR Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuatkuasa serta merta.Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini.Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri.

"Ini dimohon oleh Tan Sri Khalid sendiri bagi menumpukan tenaganya untuk disalurkan dalam pentadbiran Selangor," katanya.

Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Kekosongan yang ditinggalkannya Azmin di Wilayah Persekutuan itu akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, umum Wan Azizah lagi.


Rombakan itu dilihat mengejutkan apabila sejak semalam ramai pemimpin kanan parti itu terus menafikan terdapat desakan supaya Khalid berundur dalam pemukiman PKR.

Dalam menjawab segala penipuan yang di gembar - gemburkan oleh Media - media pro - UMNO yang mana Azmin cuba nak gulingkan Menteri Besar adalah satu fitnah dan tohmahan dari UMNO dan Barisan Nasional.


Ini Kerana pada ketika Azmin Diasak oleh wartawan berhubung khabar angin pergeserannya dengan Khalid, Azmin menafikannya tetapi mengakui sesetengah pihak di parti itu mempunyai beberapa isu dengan menteri besar berkenaan.

Namun katanya, beliau bukan seorang sahaja yang menyuarakannya.

"Ini bukan isu saya. Ia luahan ahli dalam parti. Anda lihat pada kongres lalu...kebanyakan perwakilan melahirkan kebimbangan mereka dengan kerajaan negeri, khususnya Selangor yang mesti bergandingan tangan dengan ahli parti dan pemimpin lain kerana mereka mesti melaksankan polisi yang dilulus dan ditauliahkan oleh PKR,” katanya.

Azmin juga menafikan bahawa beliau dalang yang cuba mengulingkan Khalid daripada kerusi menteri besar dan berkata jika beliau berhasrat berbuat demikian ia akan dilakukannya sejak tahun 2008 dan bukan ketika penggal sekarang hampir berakhir

Azmin Ali berkata soal menumbangkan Khalid tidak timbul sama sekali.

Katanya, kritikan ke atas menteri besar itu telah disalahtafsirkan sebagai usaha menjatuhkan Khalid seperti penipuan yang di mainkan oleh Media - Media UMNO.

"Tidak sama sekali. Saya menyokong sepenuhnya kepemimpinan Tan Sri Khalid sebagai menteri besar," katanya yang juga ahli parlimen Gombak.

Bagaimanapun, kritikan daripada pemimpin parti ke atas Khalid menunjukkan kerajaan negeri perlu membuat perubahan bagi memastikan rakyat sentiasa menyokong Pakatan Rakyat.


Ketika ditanya lanjut, beliau turut menafikan kewujudan 15 orang wakil rakyat berkenaan sebagai spekulasi yang ditimbulkan oleh media.

"Siapa kata 15 (orang)? Yang kata 15 itu wartawan. Wartawan yang buat spekulasi. Kenapa 15 (orang) bukan 20, (sedangkan) ada 20 MP dalam PKR.

"Jadi ini adalah nombor yang direka-reka oleh seseorag. Saya tidak bertanggungjawab tentang itu," katanya lagi.

Sementara itu presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail (atas, kanan), ketika ditemui wartawan turut menafikan isu itu ditimbulkan dalam permukiman kali ini.

"Tidak, kita telah keluarkan notis bahawa kita akan buat penilaian sebab kita ada pemilihan parti yang akan datang, dan kita bertemu (di permukiman). Apa yang isunya? Tidak ada isu.”

Turut ditemui, ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof yang berkata beliau langsung tidak mengetahui mengenai wujudnya "komplot" untuk menggulingkan Khalid.

"(Bagi) saya, apa yang dikatakan komplot, saya tidak tahu. Apa yang saya tahu perjumpaan hari ini adalah untuk memantapkan parti," katanya.

Sejak kebelakangan ini, media menimbulkan desas-desus 15 ahli parlimen PKR akan cuba menggulingkan menteri bear Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerna didakwa tidak berpuas hati dengan cara pentadbirannya.

Seperti Biasa UMNO akan membangkitkan perkara - perkara yang langsung tak berhubung - kait dengan dengan rombakan semula PKR oleh itu segala cerita - cerita penipu mahu di hebohkan pada 1 malaysia yang kononnya kita mahu mengguling MB sedangkan ramai di antara kita telah di beritahu dengan jelas kita kongres nasional yang lalu yang mana kelemahan pentadbiran Tan Sri Khalid di kritik oleh ahli - ahli PKR sendiri.

Inilah reformasi yang cuba di bawa oleh PKR yang mana ahli - ahli PKR berhak mengkritik kiranya terdapat kelemahan dalam sesuatu pentadbiran atau kepimpinan.Tidak seperti UMNO dan Barisan Nasional,jika terdapat mana - mana ahli yang cuba mengkritik pentadbiran dan kepimpinan mereka maka ahli itu di cantas dan di cemuh.

Bermula dari itu budaya politik bunuh - membunuh yang ada dalam UMNO mesti di hapuskan dalam PKR.UMNO akan membunuh mana - mana ahlinya yang cuba mengkritik atau cuba tunjuk pandai tetapi KR memberi peluang mana - mana ahli menegur kepimpinan jika ada kelemahan.

Dan kini tindakan di ambil hasil dari teguran itu untuk memperbaiki organisasi dan memperkasa kan parti.Rugi lah rakyat 1 malaysia kalau tak pilih PKR dalam PRU - 13 nanti kerana kami lebih telus dan adil berbanding UMNO.

Monday, June 28, 2010

Stadium PKR kuala Nerus Di Penuhi Orang Ramai


Perlawanan pusingan kedua antara Germany dan England semalam seperti ceramah umum di pekarangan pejabat PKR Cabang Kuala Nerus,pihak kami akan menyiarkan perlawanan yang berlangsung pada 2.30 pagi sampai ke perlawanan Akhir.

Sunday, June 27, 2010

Pertandingan Bola Sepak Jalanan PKR Kuala Nerus


Keadilan Cabang Kuala Nerus akan menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Jalanan 3 Lawan 3 di perkarangan pejabat PKR Cabang Kuala Nerus pada 11 Julai (Ahad) 2010 jam 9 malam.Pertandingan ini terbuka kepada semua tetapi terhad kepada 16 pasukan yang mendaftar awal sahaja.Penganjuran ini sementara menunggu perlawanan akhir bolasepak Piala Dunia.

Tarikh Tutup: 7 Julai 2010(Rabu)pengundian jam 9 Malam
TempatPengundian: Pejabat PKR Kuala Nerus Padang Air
Hadiah
Johan RM 150 + Hamper.
N.Johan RM 70 + Hamper.
Ketiga:RM 50 + Hamper.
Keempat:RM 20 + Hamper.
Hadiah saguhati akan diberikan kepada setiap peserta.


Yuran Penyertaan Rm 20 sahaja,Segala pertanyaan dan borang penyertaan boleh berhubung dengan Rafzi Ramli 012-9081974/Aziz 012-9282668

Friday, June 25, 2010

GMJ - Gerakan Membantah Judi.

Judi Haram Bagi Semua Agama, Semua Bangsa !

Ayuh sertai GMJ berarak ke Istana Negara membantah kelulusan judi
pada SABTU 03 JULAI 2010 di KUALA LUMPUR.

TUNTUTAN RAKYAT :

1 - Mansuhkan Kelulusan Semua Lesen Judi termasuk Judi Bolasepak Piala Dunia.

2 - Mansuhkan Pengeluaran Lesen Premis Judi di Peringkat Kerajaan Tempatan.

3 - Tutup Premis-Premis Judi sedia ada.

4 - Istiharkan Aktiviti Perjudian sebagai Musuh Negara.

5 - Perangi Sindiket-sindiket Judi secara besar-besaran.

JUDI,Alahai Ulamak Umco..


Kenyataan yang Biadap, Angkuh , Naif ! ... itulah yang boleh kita katakan kepada Al-fadhil Almarhum Ketua Dewan Ulamamak a.k.a Mursyidul Umph Umco Syeikh Det di atas kenyataan terbarunya berkaitan sokongan beliau terhadap industri judi dalam Negara.

Al-fadhil Syeikh Det menegaskan : " JIKA ANA JADI KERAJAAN , ANA LULUSKAN LAH”.
Satu kenyataan yang cukup hampeh dan biadab kepada ALLAH swt. justeru ia bercanggah dengan Islam dan semua agama . Judi adalah musibah dan malapetaka kepada negara dan rakyat.
Memang telah lama diketahui umum bahawa Malaysia terkenal sebagai Darul Casino di zaman pemerintahan Syeikh Det.

Tidak hairan jika Syeikh Det begitu 'excited' untuk terus menyokong industri judi dan perluasannya di dalam negara ini . Lagaknya bercakap tak ubah seperti 'kambing kehujanan' sedang 'Najis' selaku PM jelas kelihatan teragak - agak untuk bercakap soal judi bila berdepan dengan penentangan dari rakyat .Hebatnya Syeikh Det,betapa teganya beliau terang-terangan menentang hukum ALLAH bagaikan beliau hidup menongkat langit.
Na u'zubiLLahiminzaaliq!

Syeikh Det yang terus mempamer keBongok dan keTongongannya yang sukar diteladani , apabila menyamakan isu judi seperti isu babi yang perlu diluluskan oleh kerajaan untuk bukan Islam dengan alasan ianya tidak haram untuk bukan Islam.Dimanakah ustaza-ustazi @ ulamamak-ulamamak @ mufta-mufta UMCO? Orangramai mahu dengar apa kenyataan mereka berkaitan isu ini.

Kami warga PKR Cabang Kuala Nerus menyokong penuh diatas cabaran
Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP)yang mencabar Syeikh Det menjelaskan agama mana dan agama apa yang menghalalkan judi? atau agama apa yang dianut oleh Syeikh Det? atau mungkin beliau sendiri tidak ber agama.

Judi telah ditentang oleh pelbagai agama dan bangsa kerana menyedari kesan buruk dari judi selain ianya turut diharamkan oleh pelbagai agama termasuk kristian , budha dan hindu . Sebagai contoh , judi turut ditentang oleh Naib Setiausaha Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Goh Kean Seng, wakil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ser Choog Eng dan dari Budayawan Bertindak, Lee Ban Chen .

Mereka semuanya bergabung dalam satu wadah Gerakan membantah Judi GMJ. Semua mereka adalah berbangsa Cina dan bukan Islam.

Tidak cukup lagi kah pelbagai jenayah dan keruntuhan akhlak serta kepincangan sosial yang berlaku ekoran industri judi yang kian berleluasa . Sebagai warga emas yang dah tak lama lagi nak meninggal dunia , Syeikh Det sepatutnya lebih peka terhadap masa depan generasi muda dan keamanan atau kesejahteraan negara.

Bukan terus mengheret rakyat khasnya generasi muda terjerumus dalam kancah perjudian yang hanya meletakkan mereka terus bergantung nasib di meja perjudian, tidak lagi menjadi warga negara yang berdikari dan berbakti kepada Negara.

Negara masih mempunyai banyak pilihan untuk mencari dana dan meningkatkan upaya perolehan hasil negara tanpa menyuburkan industri judi yang turut membawa kesan buruk kepada pertumbuhan insan dan generasi dinamik masa depan. Menyuburkan industri judi ertinya mempertingkatkan usaha untuk membunuh jati diri rakyat dan daya berdikari generasi masa depan negara.

PKR Cabang Kuala Nerus menyeru supaya orangramai bangkit dengan tegas dan yakin untuk mendesak kerajaan agar tidak melangsungkan usaha mereka untuk menyuburkan lagi industri judi negara. Judi terbaru ialah melibatkan industri sukan. Selepas ini sukan tidak lagi menjadi riadhah atau aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan pemikiran dan jasad yang sihat sebaliknya menjadi aktiviti yang dipertaruhkan.


PKR Cabang Kuala Nerus menggesa supaya orangramai prihatin terutama generasi muda untuk turun bersama Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) menyertai Himpunan Aman 100K pada 03hb Julai 2010 dan berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Ke bawah Duli Yang diPertuan Agong.

Wednesday, June 23, 2010

Pembinaan Gelanggang Futsal yang penuh PENYELEWENGAN!


Rabu 23 Jun 2010.
Kampung Pengkalan Arang,mukim Kuala Nerus.

Pembinaan sebuah gelanggang futsal disini (disebelah balairaya) dipercayai telah diselewengkan oleh kontraktor yang juga merangkap Pengerusi JKKK Cawangan Umco Kampung Pak Katak.Projek tersebut telah memakan masa lebih enam bulan untuk disiapkan tapi masih belum dapat digunakan oleh penduduk setempat.
Menurut wakil penduduk yang ditemui (nama dirahsiakan),bahan-bahan yang digunakan tidak mengikut spesifikasi dan standard pembinaan yang ditetapkan.

Tuesday, June 22, 2010

Parti Baru di Malaysiaku !!!


Malaysia dengan sombong dan bangganya akan menerima sebuah lagi parti baru.

BERITA GEMPAR ! Najib beli kucing ajaib..


Srikandi Sinar Negara PKR 'tawan' universiti.




Srikandi PKR semakin melebar sayap dalam meraih sokongan pengundi muda khususnya golongan mahasiswa institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail berkata kerancakan kempen Srikandi mendorong mereka menembusi 40 peratus IPT termasuk Universiti Teknologi Malaysia (UiTM).

Lebih manis lagi, kejayaan ini datang ketika pergerakan Puteri Umno dilanda bibit-bibit perpecahan walaupun ia cuba diselindung ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Rosnah dipercayai terpaksa membuat kenyataan media kononnya tiada masalah kepimpinan melanda Puteri Umno berikutan desas desus mengenai kegagalan pergerakan itu menggamit sokongan pengundi muda, bukan rahsia lagi.

“Sebenarnya Puteri Umno sedang mengalami permasalahan yang ketara. Kita lihat di peringkat negeri pun, pengaruh mereka semakin menurun akibat sikap pemimpin mereka yang mengamalkan standard tertentu." katanya.

Siti Aishah menyifatkan kebanyakan pemimpin dan ahli Puteri Umno yang mengejar populariti dan menonjolkan imej elitis di kalangan rakyat marhaen.

Ini menyebabkan Puteri Umno tidak popular di kalangan rakyat dan kini, tidak lagi kedengaran program melibatkan mereka.

“Punca utama kelemahan mereka ialah kerana mereka dilihat sebagai satu golongan elit yang hanya mengejar populariti - itu yang menyebabkan mereka gagal mendampingi pengundi muda.

"Kita melihat Puteri Umno hampir 100 peratus mendiamkan diri dan tidak pun memberikan pandangan atau idea-idea yang bernas bagi membantu golongan generasi muda,” katanya.

Sebaliknya, Srikandi PKR bersungguh-sungguh menawan hati rakyat hingga mampu menambat keyakinan pengundi muda, lebih-lebih lagi golongan terpelajar.

“Kita berjaya menembusi hampir 40 peratus universiti di Malaysia termasuk UiTM dan UIA. Bukan bergantung kepada mahasiswa mencari kita di luar tetapi kita sudah mampu masuk sendiri melalui gerakan yang kita bina,” katanya.

Sunday, June 20, 2010

WELL DONE DATO' CHUA.



“Ramai daripada rakan seperjuangan saya telah membuktikan keteguhan menuntut perubahaan sehingga terpaksa merengkok dalam penjara. Maknanya kehilangan tiga pingat bukanlah satu pengorbanan besar seperti pepatah yang berbunyi 'tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali,” kata Chua pada sidang media di ibu pejabat PKR di Damansara hari ini.

KELAS JAHITAN LANGSIR


Wanita Keadilan Cabang Kuala Nerus akan mengadakan kelas jahitan langsir pada bulan Julai nanti.Kelas ini terbuka pada orang ramai tetapi terhad kepada 30 orang sahaja kata Ketua Wanita Keadilan Kuala Nerus iaitu Pn Wan Khairani,kepada yang berminat bolehlah berhubung dengan beliau di talian 012-9282117.Tempat kelas jahitan di pejabat Keadilan Kuala Nerus(Tmn Desa Solehah Padang Air)

Saturday, June 19, 2010

TAHNIAH TERENGGANU KITE


KEADILAN KUALA NERUS MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SELURUH TEAM SUKMA TERENGGANU YANG MENJUARAI KESELURUHAN SUKMA DI MELAKA.TAHNIAH SEKALI LAGI DARI KAMI.

Friday, June 18, 2010

RTM !!!! Wartawan paling Dungu dan Biadap minggu ini.



Wartawan RTM yang sediada bongok telah di bongokkan lagi oleh Anwar.

Dato'Seri Anwar Ibrahim hari ini hilang kesabarannya apabila diasak oleh seorang wartawan bongok bagi mendedahkan bukti berhubung dakwaannya yang beberapa ahli parlimen PKR disogok RM2 juta dan juga ditawarkan kontrak supaya berpaling tadah.

Walaupun berulang kali berkata beliau akan mendedahkan perkara itu apabila tiba masanya, wartawan bongok dari RTM itu terus mendesak hingga DSAI mula tidak selesa.

Diasak wartawan bongok radio stesen kerajaan itu yang hanya dikenali sebagai Tukimin (B), Anwar sebaliknya berkata, pelbagai pendedahan sebelum ini dibuat oleh Pakatan Rakyat tapi siasatan hanya separuh jalan.

"Saya hendak tanya balik, saya sudah buktikan VK Lingam. Adakah ada tindakan? Saya telah buktikan video VK Lingam dan dibuktikan sah. Mengapakah tiada tindakan?

"Saya sudah buat kenyataan, saya akan keluarkan pada ketikanya," katanya.

Suasana di lobi parlimen itu hangat seketika apabila wartawan bongok RTM itu cuba mengasak Anwar dengan alasan masyarakat luar mahu mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan sogokan berkenaan.

"You tanya Menteri you, mengapa tidak ambil tindakan VK Lingam dulu. Kemudian bila dia jawab, you tanya saya pula. Bila saya hendak keluarkan kerana bila saya hendak keluarkan, you kena tanya kepada menteri you, ada atau tidak hendak ambil tindakan?

Tukimin (B) yang masih berdegil akhirnya dicabar oleh Anwar supaya mengeluarkan kenyataan beliau berhubung beberapa skandal rasuah yang masih belum selesai.

"Ya, saya cabar RTM sekarang keluarkan kenyataan saya... ya berani atau tidak, keluarkan kenyataan saya. Ini wayang mereka...keluarkan PKFZ, apa tindakan? Keluarkan PERWAJA, apa tindakan? Keluarkan skandal Eurocopter, apa tindakan? Scorpene, apa tindakan? Laporan Audit Negara, apa tindakan?"

Anwar sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, beliau akan memberi keterangan dan mendedahkan maklumat mengenai orang perantaraan yang menyediakan berjuta- juta ringgit kepada mereka yang melompat parti apabila tiba masanya.

(dimaklumkan wartawan bongok tersebut mungkin dihantar pengerusi jkkkkkk dari umco cawangan sekitar).

Tuesday, June 15, 2010

Ulamak UMCO ke Kuale Ganu menfatwakan halal judi sukan !!!


Isnin 14 Jun 2010,Ketua Dewan Ulamamak a.k.a Mursyidul Umph UMCO -Syeikh Det telah datang ke Kuale Ganu untuk satu program - 'Melayu Bangkit' (lebihkurang macam kuih bangkit jugak la) di Stadium Negeri disini.Sebelum berambus balik ke Kolumpo,Syeikh Det telah sempat mengeluarkan fatwa disidang medianya diatas tangga stadium untuk dijadikan PEDOMAN dan JATIDIRI pengikut-pengikut bongok Umco Ganu yang telah lama bengong.
Program ini sangat mendapat sambutan dari rakyat Umco Ganu dengan kehadhiran melebhi 2 juta orang ( diulangi , Dua Juta Orang ) termasuk MB MatSaiik Pelat dan PUKIDA dan PERKASAM.

fatwa 1 : KITA KENA ASINGKAN SOAL POLITIK DENGAN SOAL AGAMA..
(terutamanya dalam soal judi sukan ni,kerana si Vin Say Tan telah bersetuju untuk memberi sumbangan ke dalam poket puak-puak kita sebanyak RM 535 Juta - (lebihkurang RM2.75 sorang)

fatwa 2 : JUDI SUKAN BAGUS UNTUK NEGARA..
(sebagai salah satu pendapatan negara).

Dibawah lihat Transkrip penuh Jawapan Syeikh Det apabila ditanya wartawan tentang isu lesen judi bolasepak;


Soalan ; Apa pendapat Syeikh Det tentang pemberian lesen judi bolasepak ?

Syeikh Det ; Ana punya pendapat mungkin berbeza sikit dengan banyak orang lain. Ana berpendapat samada ada lessen atau tidak, judi memang ada dinegara kita, kerana Orang-orang Cina memang suka berjudi. Jadi kalau dia berjudi tanpa lesen tak ada satu cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa, tetapi ini tidak haram bagi orang Cina, haram bagi orang Islam sahaja, orang islam jangan berjudilah, kalau dia pergi berjudi tangkaplah. Jadi sama juga, orang Islam tak makan babi, tapi kalau orang bukan Islam nak makan itu hak dia lah.


Soalan; Yaa Syeikh Det, dengan bantahan yang besar, dengan himpunan dan demonstrasi yang dibuat, adakah ia patut diteruskan atau…...

Syeikh Det : Itu bantahan itu politik bukan kerana Islam, takkanlah DAP pun nak dokong ajaran Islam, DAP pun dapat menyertai, ini politik, politik parti pembangkang nak cari isu, sedangkan dalam Muktamar Pas ada cadangan supaya semua jenis judi diharamkan, tapi Pas tak ndak, sekarang ini terdapat judi di Genting Highland, sport Toto, macam-macam judi yang ada, tapi dia kata yang ini saja tak boleh, yang football, sport punya judi, ini sahaja tak boleh.
Jadi ini politik, kita kena asingkan soal politik dengan soal agama. Bagi Pas ugama adalah alat politik, bagi mereka.

Soalan; Dalam isu pemberian lesen judi bola, ada mengatakan pemberian lesen itu supaya Tauke-tauke judi boleh ‘contribute’ balik kepada Umno, ada yang mengatakan Vin Say Tan pernah sponsored Umno semasa Det ?

Syeikh Det ; Vin Say Tan selama ini berniaga diluar negeri, di Vietnam, di Korea, dia tak payah cari duit disini, dan duit itu kalau dia dapat pun setengah billion dia dah bagi kepada satu ‘fund’ dan fund itu untuk semua orang, bukan untuk Umno, dia tak kata ini adalah RM500 juta untuk Umno, orang lain pun dapat, saya fikir Vin Say Tan ni dia bagi duit bukan sahaja kepada Umno, Ana ingat dia bagi kepada parti lawan pun sama, nak tentukan supaya dia tak jadi masalahlah, orang perniagaan begitu lah dia




Last Updated ( Monday, 14 June 2010 21:26 )

Jenazah Ustaz Hassan Shukri selamat dikebumikan

Monday, June 14, 2010

Kehilangan Sebutir Mutiara !!!



Hassan Shukri meninggal dunia
Jun 14, 10 2:50pm
Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri (kanan) meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini, baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke-56 di sana, lapor Harakahdaily.

Media online PAS itu memetik Puan Naznah Taha, isteri Subky Latiff, sebagai berkata Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang.

Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2 petang.

Menurut Harakahdaily lagi, Sebelum menjadi timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi naib presiden dan juga setiausaha agung PAS. Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahdi Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.

Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 8.30 pagi esok di Surau Taman Melewar, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh 2.

DSAI paling layak pemimpin utama Pakatan Rakyat.


KOTA BHARU, 14 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin nombor satu Pakatan Rakyat kerana beliaulah paling layak dan sudah teruji.

“Saya tak mahu jadi orang nombor satu, walaupun ada orang yang mencadangkan saya begitu. Dari dulu lagi saya sentiasa menyebut orang paling layak ialah Anwar sebab dialah orang yang telah lalui tahap peperiksaan (ujian) fizikal dan mental.

“Kalau orang lantik saya, saya akan beri pada dia," kata Nik Aziz kepada media selepas merasmikan Simposium Persatuan Biologi Gunaan Malaysia Ke-11, di sini hari ini.

Nik Aziz juga berkata, Anwar juga telah lulus ujian dari segi moralnya apabila menghadapi segala cabaran dengan tabah dan penuh dedikasi.

Beliau ditanya apa komen beliau terhadap cadangan seorang perwakilan dalam muktamar PAS selepas kejayaan beliau memimpin PAS dan kerajaan negeri Kelantan selama 20 tahun.

Dalam saranannya, perwakilan dari Perlis Wan Khairizal Wan Hazim berkata gaya kepimpinan Nik Abdul Aziz juga diterima semua pihak dalam komponen pakatan pembangkang itu.

Sebelum ini, Datuk Zaid Ibrahim yang kini menyertai PKR mencadangkan agar Nik Aziz dilantik sebagai Pemimpin Spiritual (Spiritual Leader) Pakatan Rakyat.

Mengulas mengenai pandangan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang menyamakan beliau dengan pemimpin ulung India Mahatma Gandhi, Nik Abdul Aziz berkata: “Tidak mengapa, saya terima daripada segi sifat orang melihat saya.”

Siaran Langsung Bola Sepak Piala Dunia.





Semalam Hari ketiga Fifa Word Cup 2010 yang di tayangkan secara langsung di skrin gergasi pekarangan Pejabat PKR Cabang Kuala Nerus,sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai.Pihak kami akan meneruskan tayangan hingga ke perlawanan akhir pada 12 julai.Mulai pada minggu hadapan pihak kami akan mengadakan program sampingan dan penerangan isu-isu terkini semasa siaran langsung.-gambar-SKRIN BARU BERSAIZ 9'X 12'.

Sunday, June 13, 2010

ANEKDOT !!


Abu Said al-Khudri meriwayatkan pada suatu hari sewaktu Rasulullah saw memasuki masjid,ada seorang lelaki Ansar yang digelar Abu Umamah.
Rasulullah saw berkata kepadanya : "Wahai Abu Umamah,aku tidak melihat engkau berada dimasjid melainkan pada waktu solat."Beliau menjawab : "Aku bimbang memikirkan tentang hutangku,ya Rasullullah."
Rasulullah kemudian bertanya : "Mahukah aku ajarkan kepadamu satu doa yang jika kamu amalkan maka Allah akan menghilangkan kebimbanganmu dan membantu melunaskan hutangmu?" Ia menjawab : "Sudah tentu ya Rasulullah!"
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :"Pada suatu pagi dan petang,bacalah....(doa dibawah)."Doa ini turut dimuatkan didalam al-Ma'thurat.

" ALLAHUMMA INNI AU'ZUBIKAMINAL HAMMIL WALHAZAN,
WA AU'ZUBIKAMINAL A'JZI WALKASAL,
WA AU'ZUBIKAMINAL JUBNI WALBUKHAL'
WA AU'ZUBIKAMIN GHALABATILDAIN WAQAHRI RRIJAL."

maksudnya:'Ya Allah,aku berlindung kepada-Mu daripada dirundung sedih dan duka.Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas.Aku berlindung kepada-Mu daripada pengecut dan kikir.Aku berlindung kepadamu daripada bebanan hutang dan penindasan orang." (Riwayat Abu Daud no.1557)

Saturday, June 12, 2010

Isu Penambakan Pantai Seberang Takir.

FIFA WORLD CUP 2010.






Sempena Kejohanan Piala Dunia 2010 di Africa Selatan bermula Jumaat 11 Jun 2010 (10.00pm),Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Nerus telah mengadakan tayangan percuma 'live'skrin besar bersaiz 1800mm X 2400mm di perkarangan pejabat cabang Padang Air untuk penduduk sekitar bagi memeriahkan lagi suasana kejohanan disamping dapat mengeratkan silaturrahim antara pkr cabang dan massa setempat bersesuaian motto bulan ini 'PKR MESRA ORANGRAMAI'.Menurut Ketua Penerangan Cabang saudara Rafzi Ramli,memandangkan ianya mendapat sambutan,program tayangan ini akan akan diteruskan sehingga tamat kejohanan pada 12 Julai depan disamping pihak jawatankuasa akan mengadakan beberapa siri program baru untuk menyerikan lagi suasana.Tahniah diucapkan pada saudara Sham,Padli,Pitri dan lain-lain yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini..semoga mendapat rahmat Allah jua,InsyaAllah!

Friday, June 11, 2010

MEMORY IN ANOTHER DAY !!



GAMBAR SEBAHAGIAN DARIPADA JAWATANKUASA CABANG PKR KUALA NERUS.

bersama Dato''Seri Anwar dan Tuan Hj.Abd.Rahman Yusof (pengerusi MPN PKR Ganu) ketika majlis merasmikan pejabat baru pkr Cabang Kuala Nerus.

Thursday, June 10, 2010

JADUAL PROGRAM SEHARUM & JPRP PKR GANU.

TENTATIF KONVENSYEN SEHARUM DAN JPRP.
MASA PROGRAM
8.00am Pendaftaran
8.30am Ucapan pengerusi majlis.
8.35am Bacaan doa dan lagu negaraku.
8.40am Ucapan pengerusi SEHARUM.
8.45am Ucapan pengerusi mpn.
8.55am Persembahan video.
9.00am Sesi 1 ; SAYANGI KEADILAN
Oleh ; MUSTAFA KAMIL AYUB.
Naib presiden/pengerusi mpn perak/pengerusi biro latihan pusat.
9.30am Sesi 2 ; KEADILAN
Oleh ; MOHD FAIRUS ABUBAKAR
Bekas pengarah btn bahagian belia/ajk cabang pucong.
10.00am Persembahan video
10.10am Sesi 3 ; MATLAMAT PERJUANGAN
Oleh ; HJ.ABAS AWANG
Bekas pengarah jabatan pelajaran wp/ketua penerangan pkr Pahang.
10.40am Sesi 4 ; PENERANGAN ISU ISU SEMASA
Oleh ; RAFIZI RAMLI
Bendahari mpn Terengganu/pegawai kewangan pkr pusat.
10.50am Persembahan video dan lagu kasih saying.
11.00am Minum dan rehat.
11.30am MEMAHAMI SENARIO PILIHANRAYA DLM MENJANA KEMENANGAN.
Oleh ; YB FUZIAH SALLEH
Pengarah jprp/mp kuantan.
12.30am Rehat dan makan tengahari/solat jumaat.
2.45pm Sambungan yb fuziah salleh.
4.00pm Penutup kursus
Dato’seri anwar Ibrahim.
7.00pm Kuliah maghrib dsai-dimasjid taman safiah murni.
9.00pm Ceramah dsai & saifudin nasution-di kuala telemong,hulu Terengganu.
11.00pm Ceramah dsai- di pulai serai,dungun.

SEHARUM.

SEMINAR HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA
( SEHARUM )
dan
KURSUS PILIHANRAYA ( JPRP )

JUMAAT 09 JULAI 2010 bersamaan
26 Rejab 1431.

PENGENALAN;

Kursus Pilihanraya PKR Negeri Terengganu bertujuan untuk memberi pengetahuan mendedahkan dan menyedarkan pimpinan dan ahli PKR Terengganu tentang peranan berkaitan dengan gerakkerja pilihanraya bagi mencapai kemenangan dalam pilihanraya akan datang.

THEMA ; HARAPAN BARU MALAYSIA.

OBJEKTIF;

01- Merealisasi aspirasi pucuk pimpinan parti dalam mencapai kecemerlangan dan kemenangan dalam pilihanraya.
02- Menjana potensi kearah pembentukan jentera pilihanraya yang efektif.
03- Memahami senario dan suasana sebenar gerakkerja pilihanraya dalam menjana kemenangan.
04- Merangka pelan tindakan pilihanraya dengan lebih sistematik dan efektif.

SASARAN;

01- Ahli Majlis Pimpinan PKR Negeri,
02- Ahli Jawatankuasa Cabang,
03- Ahli Jawatankuasa Wanita,
04- Ahli Jawatankuasa AMK.

PROGRAM PKR TERENGGANU.

PROGRAM BULANAN PKR TERENGGANU.
( sumber: SetiaUsaha PKR Negeri Terengganu) Tarikh ; 10 Jun 2010.

1- 17 Jun 2010

Program ; Dialog Bersama Dato’Zaid Ibrahim.
Masa ; 5.00pm hingga 7.00pm (khamis).
Tempat ; Pejabat PKR Negeri,Gong Kapas,Kuala Terengganu.
Tindakan ; Jawatankuasa Cabang,Wanita & AMK,

2- 19 Jun 2010

Program ; Taklimat Pemilihan Cabang.
Masa ; 9.00am hingga 3.00pm (sabtu).
Tempat ; Pejabat PKR Negeri.
Oleh ; Raden Shamsul Kamal (SetiaUsaha Pengelola PKR Pusat).
Tindakan ; Ketua & SU Cbg/Ketua & SU Wanita Cbg/Ketua & SU AMK cbg.

3- 19 Jun 2010

MESYUARAT MAJLIS PIMPINAN PKR NEGERI TERENGGANU.
Masa ; 3.30pm (sabtu).
Tempat ; Pejabat PKR Negeri.


4- 09 Julai 2010 ( 26 Rejab 1431) Jumaat.

Program ; Seminar Harapan Baru untuk Malaysia ( SEHARUM ),
Kursus Pilihanraya ( JPRP )
Lawatan Dato’Seri Anwar Ibrahim.

Masa ; 8.00am hingga 5.00pm
Tempat ; Dewan Darussyifa’,Kuala Ibai,Kuala Terengganu.
Tindakan ; Jawatankuasa Cabang,Wanita dan AMK Cabang.


-disediakan oleh ; aziz sidi.

Monday, June 7, 2010

TGNA hadhir majlis perkahwinan !!





Pada 06 Jun 2010 di Selising Pasir Puteh,Kelantan.Tuan Guru Dato'Nik Ab.Aziz telah sudi kemajlis perkahwinan sepupu Bendahari Cabang PKR Kuala Nerus (Ahmad Fitri Alias)

Kami warga Cabang Kuala Nerus mengucapkan setinggi-tinggi tahniah !!!

Sunday, June 6, 2010

PENGUMUMAN !!!

JAWATANKUASA PKR CABANG KUALA NERUS TELAH MEMUTUSKAN TIDAK AKAN MENGADAKAN SEBARANG PROGRAM CERAMAH SEPANJANG BERLANSUNGNYA KEJOHANAN BOLASEPAK PIALA DUNIA 2010 DI AFRIKA SELATAN.

walaubagaimanapun,PKR Cabang Kuala Nerus akan meneruskan program-program lain yang telah diputuskan dan akan merancang program baru yang akan diadakan tidak lama lagi bersesuaian dengan keadaan semasa.

sumber: Ketua Cabang PKR Kuala Nerus.

SENARAI PIMPINAN YANG TELAH HADHIR .

Dibawah adalah senarai Pimpinan yang telah berceramah anjuran PKR Cabang Kuala Nerus:

01- Dato'Seri Anwar Ibrahim. Ketua Umum PKR dan MP Permatang Pauh.
02- Dato' Zaid Ibrahim. Ahli MPT PKR.
03- Ir Khalid Samad. AJK Pas Pusat dan MP Shah Alam.
04- Tuan Hj.Abd.Rahman Yusof. Pengerusi MPN PKR Terengganu.
05- N.Gobalakrishnan. MP PKR Padang Serai.
06- Shamsul Iskandar Mohd Akin. Ketua AMK PKR.
07- Dr.Alias Razak. ADUN Pas Bukit Tunggal,Trg.
08- Ng Chai Hing. Pengerusi DAP Terengganu.
09- Saifudin Nasution Ismail. Setiausaha Agung PKR dan MP Machang,Kel.
10- BadrulHisham Shaharin (Che'gu Bard). Ahli MPT PKR
11- Dato' Tengku Hassan Tengku Omar. ADUN Pas Ladang,Trg.
12- Tuan Zambri Tuan Zakaria. ADUN PKR Guchil,Kel.
13- Dr.BadrulAmin Bahron. Ahli MPT PKR.
14- Dr Zulkifli Ahmad. MP Pas Kuala Selangor.
15- Hasmi Hashim. Ketua Cabang Parit Sulong dan Pengerusi Republik Anak Muda.
16- Dato' Abu Bakar Abdullah. YDP Pas Kuala Nerus.
17- Zakaria Dagang. Ketua Penerangan Pas,Kuala Nerus.
18- Wan Bukhari Wan Ahmad. Ketua Cabang Kuala Nerus.
19- Rafzi Ramli. Ketua Penerangan PKR Trg.

Friday, June 4, 2010

PERARAKAN ANTI ZIONIS ISRAEL.


DEMO ANTI ZIONIS- 10,000 terdiri dari pelbagai kaum,Ngo dan penyokong Pakatan Rakyat berarak menuju ke Kedutaan Amerika.Perarakan bermula selepas solat Jumaat di masjid Kampung Baharu berakhir 3:30pm selepas ucapan Dato'seri Anwar.
Yang sangat melucukan perarakan turut juga diadakan oleh Pemuda Umco diperkarangan masjid negara lebihkurang 30 minit kemudian bersurai kerana tiada sambutan..ketuanya dilihat menyalak-nyalak kununnya nampak seperti membantai israel..

Bagi RM 1.3 juta untuk roboh Masjid

Tidak serik dengan merobohkan Masjid Bujal dulu ,kini Kerajaan Umno/BN Terengganu bagi tawaran Rm 1.3 juta bagi meroboh Masjid Pasir Minal di Dun Air Putih Kemaman untuk dirikan yang baru walaupun Masjid tersebut tersegam indah hasil derma orang ramai yang mampu menampung 1000 orang jemaah dalam satu-satu masa.Masjid ini sangat makmur dengan pengisian program-program ilmu seperti kuliah-kuliah agama serta jemaah dari sehari ke sehari semakin bertambah.Pkr Kuala Nerus ingin bertanya adakah masuk akal masjid yang tersegam indah itu di tawar RM1.3 juta supaya dirobohkan dan didirikan yang baru......Gambar Masjid akan Kami Update Nanti

Demo Anti-Zionis !!

WAJAH SEBENAR UMCO KUALA GANU!


Mungkin sebab dah rasa terlalu kuat dengan sokongan Yahudi/Zionis, UMCO Kuala Terengganu dah tak segan silu lagi menampilkan wajah sebenar mereka yang anti Al-Qur'an dan Sunnah.Bagi puak-puak regim umco/zionis kuale ganu yang terlibat dengan banner ini,sebenarnya telah awal-awal menempah tiket kelembah kehinaan disisi ALLAH..nau'zubiLLAH! PKR Cabang Kuala Nerus mengucapkan semoga celakalah mereka dulu,kini dan selamanya..

Thursday, June 3, 2010

Lubang ni depan rumah aku.....!

Gali Tiga Lubang (bodoh) RM1.5 juta??

E-mail Print PDF

http://buletinonline.net/images/stories/berita26/lubangbodoh.jpgSeberang Takir, KUALA NERUS – Ramai penduduk di sekitar Kampung Telaga Daing dekat sini tertanya-tanya, apakah lubang yang dipagar sekelilingnya, begitu cantik ?!

Seseorang yang tidak mahu dikenali memaklumkan Buketinonline, lubang (bodoh) itu bukan calang-calang, ia bernilai RM500,000.00 setiap satu!

Bagi mereka yang tidak prihatin, tidak ambil peduli, apakah tujuan lubang tersebut digali, tentu tidak akan ambil cakna tentang lubang tersebut.

Namun, penduduk Seberang Takir kini bukan semuanya nelayan, yang tidak memiliki sebarang ilmu, maklumat, kemahiran dan profesionalisma.

Golongan yang berpendidikan inilah yang akan menggeleng-gelengkan kepala, apabila lalu di lubang tersebut yang di maklumkan, bernilai RM1.5 juta, yang kononnya dibuat sebagai tebatan banjir!

Tunggu pendedahan lanjut dari Buletinonline.

Last Updated ( Wednesday, 02 June 2010 21:58 )

Wednesday, June 2, 2010

PERARAKAN ANTI ZIONIS KE KEDUTAAN AMERIKA !!

TOLONG SEBARKAN !!!

BIROPOLITIK PKR PUSAT TELAH MENGELUARKAN ARAHAN KESELURUH ANGGOTA CABANG DAN NEGERI DISELURUH NEGARA ..

DIMAKLUMKAN TENTANG PERHIMPUNAN MEJA BULAT 'ANTI-ZIONIS' PADA JUMAAT INI 04 JUN JAM 11:00 am DI KELAB SULTAN SULAIMAN DAN PERARAKAN KE KEDUTAAN AMERIKA SELEPAS SOLAT JUMAAT.


Ulangtahun Memperingati Runtuhnya Stadium Sultan Mizan.






Malam ini akan diadakan satu perhimpunan bagi memperingati satu (1) tahun runtuhnya Stadium Sultan Mizan di perkarangan stadium tersebut.Bermula jam 8:00pm program akan dimulakan dengan membakar bendera Israel sebagai bantahan terhadap kekejaman regim itu.program diakhiri dengan satu sidang media oleh pimpinan yang terlibat.program ini dianjurkan oleh MAMPAT.