Tuesday, June 15, 2010

Ulamak UMCO ke Kuale Ganu menfatwakan halal judi sukan !!!


Isnin 14 Jun 2010,Ketua Dewan Ulamamak a.k.a Mursyidul Umph UMCO -Syeikh Det telah datang ke Kuale Ganu untuk satu program - 'Melayu Bangkit' (lebihkurang macam kuih bangkit jugak la) di Stadium Negeri disini.Sebelum berambus balik ke Kolumpo,Syeikh Det telah sempat mengeluarkan fatwa disidang medianya diatas tangga stadium untuk dijadikan PEDOMAN dan JATIDIRI pengikut-pengikut bongok Umco Ganu yang telah lama bengong.
Program ini sangat mendapat sambutan dari rakyat Umco Ganu dengan kehadhiran melebhi 2 juta orang ( diulangi , Dua Juta Orang ) termasuk MB MatSaiik Pelat dan PUKIDA dan PERKASAM.

fatwa 1 : KITA KENA ASINGKAN SOAL POLITIK DENGAN SOAL AGAMA..
(terutamanya dalam soal judi sukan ni,kerana si Vin Say Tan telah bersetuju untuk memberi sumbangan ke dalam poket puak-puak kita sebanyak RM 535 Juta - (lebihkurang RM2.75 sorang)

fatwa 2 : JUDI SUKAN BAGUS UNTUK NEGARA..
(sebagai salah satu pendapatan negara).

Dibawah lihat Transkrip penuh Jawapan Syeikh Det apabila ditanya wartawan tentang isu lesen judi bolasepak;


Soalan ; Apa pendapat Syeikh Det tentang pemberian lesen judi bolasepak ?

Syeikh Det ; Ana punya pendapat mungkin berbeza sikit dengan banyak orang lain. Ana berpendapat samada ada lessen atau tidak, judi memang ada dinegara kita, kerana Orang-orang Cina memang suka berjudi. Jadi kalau dia berjudi tanpa lesen tak ada satu cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa, tetapi ini tidak haram bagi orang Cina, haram bagi orang Islam sahaja, orang islam jangan berjudilah, kalau dia pergi berjudi tangkaplah. Jadi sama juga, orang Islam tak makan babi, tapi kalau orang bukan Islam nak makan itu hak dia lah.


Soalan; Yaa Syeikh Det, dengan bantahan yang besar, dengan himpunan dan demonstrasi yang dibuat, adakah ia patut diteruskan atau…...

Syeikh Det : Itu bantahan itu politik bukan kerana Islam, takkanlah DAP pun nak dokong ajaran Islam, DAP pun dapat menyertai, ini politik, politik parti pembangkang nak cari isu, sedangkan dalam Muktamar Pas ada cadangan supaya semua jenis judi diharamkan, tapi Pas tak ndak, sekarang ini terdapat judi di Genting Highland, sport Toto, macam-macam judi yang ada, tapi dia kata yang ini saja tak boleh, yang football, sport punya judi, ini sahaja tak boleh.
Jadi ini politik, kita kena asingkan soal politik dengan soal agama. Bagi Pas ugama adalah alat politik, bagi mereka.

Soalan; Dalam isu pemberian lesen judi bola, ada mengatakan pemberian lesen itu supaya Tauke-tauke judi boleh ‘contribute’ balik kepada Umno, ada yang mengatakan Vin Say Tan pernah sponsored Umno semasa Det ?

Syeikh Det ; Vin Say Tan selama ini berniaga diluar negeri, di Vietnam, di Korea, dia tak payah cari duit disini, dan duit itu kalau dia dapat pun setengah billion dia dah bagi kepada satu ‘fund’ dan fund itu untuk semua orang, bukan untuk Umno, dia tak kata ini adalah RM500 juta untuk Umno, orang lain pun dapat, saya fikir Vin Say Tan ni dia bagi duit bukan sahaja kepada Umno, Ana ingat dia bagi kepada parti lawan pun sama, nak tentukan supaya dia tak jadi masalahlah, orang perniagaan begitu lah dia




Last Updated ( Monday, 14 June 2010 21:26 )

No comments:

Post a Comment