Wednesday, July 28, 2010

Dari Meja Ketua Cabang.

IMPLIKASI PENYELARASAN SUBSIDI KEPADA RAKYAT.

Kerajaan Pusat mendakwa pendapatan negara yang menyusut menyebabkan tanggungan defisit setiap tahun, iaitu perbelanjaan kerajaan melebihi pendapatan. Pada tahun 2003, pendapatan Negara sebanyak RM92.6 billion tetapi belanjawan sebanyak RM109.8 billion, pada tahun 2007 pula pendapatan sebanyak RM66.142 billion manakala peruntukan belanjawan sebanyak hampir tiga kali ganda iaitu RM159.4 billion. Keadaan ini berlaku kerana urus-tadbir yang buruk, ketirisan akibat rasuah,salah guna kuasa dan perbelanjaan yang boros.
Untuk menampung defisit tersebut , kerajaan BN mencari sumber kewangan baru bagi menampung hutang kerajaan berbillion ringgit, pada tahun 2005 sebanyak RM228.6 billion kini telah meningkat kepada RM405.1 billion. Maka pada 15 Julai 2010 kerajaan telah mengumumkan Program Penyelarasan Subsidi kononnya dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan lebih dari RM750 juta melalui potongan subsidi.
Dengan itu penyelarasan subsidi tersebut bermula 16 Julai 2010, bersempena slogan ‘Rakyat DiDahulukan Percapaian Diutamakan’, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menghadiahkan pengurangan subsidi yang membawa kepada kenaikan harga keatas barangan pengguna yang berasaskan minyak seperti petrol, diesel dan LPG.
Harga Petrol RON95 dan RON97 naik sebanyak 5 sen kepada RM1.85 dan RM2.10. Bukan itu saja ,jualan Diesel pun naik sebanyak 5 sen kepada RM1.75 dan gas LPG turut naik 10 sen kepada RM1.85.
Manakala harga gula naik 25 sen kepada RM1.90 . Implikasi dari kenaikan harga makanan yang berasaskan gula, umpama susu tepung,manis dan pekat juga pun turut meningkat.
Akibat pengurangan subsidi minyak telah menyebabkan makanan asas, tambang pengangkutan, pembelian ubat dan beberapa barangan lain turut mengalami kenaikkan.
Apabila kenaikan harga ini berlaku mendadak, semua rakyat tidak mengali kedudukan dan pendapatan terpaksa menanggung lebihan belanja sara hidup. Keadaan ini kurang dirasai oleh golongan yang berpendapatan tinggi dengan kehidupan mewah. Tetapi bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah (Lower Class), yang melebihi 75%-80% penduduk Malaysia terpaksa menanggong bebanan perbelanjaan harian keluarga yang meningkat. Kebanyakan mereka ini makan gaji, majoriti kakitangan awam dan selebihnya disyarikat swasta. Tahu sajalah makan gaji belum akhir bulan dah habis. Kenaikkan gaji pun setahun sekali, ada tiga tahun sekali malahan ada yang tak naik gaji dan yang lebih malang golongan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
Contohnya, walaupun kenaikkan gula hanya 25 sen sekilo, tapi jika gunakan sebanyak 4 kilo sebulan maka lebihan sebanyak RM1. Bayangkan setahun sebanyak RM12; jadi jika 10 juta penduduk berbelanja bermakna anggaran RM120 juta lebihan telah dibelanja oleh rakyat Malaysia.
Dari sudut kesihatan pula ia akan menjejaskan tumbesaran kanak-kanak kerana terpaksa makan makanan yang kurang berkualiti diatas kenaikkan barang keperluan. Kesan keatas perbelanjaan sekolah seperti duit saku, harga baju dan kasut sekolah serta segala macam kuih-muih dan minuman turut mengalami kenaikan harga, tambang bas mungkin di naik terutama bas ekspress menjelang Aidilfitri, Perbelanjaan keIPTA/IPTS bakal meningkat dan sebagainya.
Contoh beban yang ditanggung rakyat selepas Penyelarasan Subsidi
Barangan Harga Sebelum (RM) Harga Baru (RM) Kenaikan Harga (RM) Anggaran Penggunaan Anggaran Lebihan Belanja (RM / bln ) Anggaran Lebihan Belanja (RM / thn ) Anggaran Lebihan bagi 10 juta penduduk (RM juta)
Bahan Makanan
( RM / Kg )
1 Gula 1.65 1.90 0.25 4 kg / bln 1.00 12.00 120.00
Bahan Api
( RM / Liter )
2 Petrol RON95 1.80 1.85 0.05 150 liter / bln 7.50 90.00 900.00
3 Petrol RON97 2.05 2.10 0.05 150 liter / bln 7.50 90.00 900.00
4 Diesel (Runcit) 1.43 1.48 0.05 150 liter / bln 7.50 90.00 900.00
5 LPG (RM / Kg) 1.75 1.85 0.10


Implikasi dari kenaikkan harga ini akan membuatkan golongan pendapatan rendah akan hidup bertambah tersempit . Keadaan ini akan mendorong mereka mencari sumber pendapatan melalui berbagai cara maupun salah disisi ugama dan undang-undang. Contohnya, ada pelajar-pelajar IPTA/IPTS terpaksa memperdagangkan tubuh mereka untuk wang saku dan bayaran pelajaran. Malahan ada kakitangan awam juga ibu-ibu tunggal yang menjadi pelacur maupun kelas bawahan atau atasan untuk menyara keluarganya.
Menurut kenyataan Presiden CUEPACS, En Omar Osman lebih kurang 418,200 atau 41% daripada kakitangan awam suspek terlibat dalam aktiviti rasuah. Angka ini amat membimbangkan kita sekiranya kenaikkan barangan dan perkhidmatan tinggi daripada kenaikkan gaji/pendapatan mungkin gejala rasuah ini meningkat.
Penyelarasan subsidi ini adalah pengenalan kerajaan BN saja, ianya pasti akan dinaikkan dari masa kesemasa secara berkala untuk menampung perbelanjaan boros mereka , kenaikkan harga barangan asas mungkin akan berlaku mengikut keperluan mereka.
Selagi BN memerintah ,mereka pasti terus memilih untuk membebankan rakyat untuk mengatasi kelemahan sistem ekonomi kerajaan ,serta mengaut keuntungan untuk membantu kroni sesuai dengan slogan ‘1Malaysia Rakyat Didahulukan Percapaian Diutamakan’.


Bagi merialisasikan subsidi kepada insetif untuk rakyat ayuh marilah semua tolak BN pada Pilihanraya Umum ke13 akan datang. –SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT-

Oleh Wan Bukhari Wan Mohamad

Monday, July 26, 2010

Rakaman Harussani Jumpa Pemimpin PAS

Ulamamak a.k.a Mufta Harramsani Membohong !!!

Monday, July 26, 2010
Harussani Berbohong?
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Dato’ Dr. Hassan Ali, yang merupakan Pesuruh Jaya PAS Selangor, beliau menyatakan bahawa perjumpaan yang diadakan dengan Tan Sri Harussani bertujuan untuk membincang persoalan tugasan beliau sebagai Exco Agama. Dato’ Dr. Hassan Ali menganggap Tan Sri Harussani sebagai seorang tokoh Mufti yang berilmu tinggi dengan pengalaman yang lama, 30 tahun sebagai Mufti. Maka di atas dasar ini, pertemuan terbuka telah diadakan demi menceduk ilmu dan pengalaman Tan Sri Harussani demi memungkinkan beliau menjalankan tugas beliau dengan lebih cemerlang lagi.




Adalah amat jelas bahawa keikhlasan dan sanjungan yang ditunjukkan Dato’ Dr. Hassan Ali terhadap Mufti Perak itu telah dikhianati apabila Tan Sri Harussani menyatakan bahawa pertemuan itu adalah bertujuan untuk meminta beliau menjadi orang tengah dalam usaha menyatukan orang Melayu. Penyatuan ini kononnya akan tercapai melalui kerjasama PAS dan UMNO. Berdasarkan kenyataan Dato’ Dr. Hassan Ali, adalah amat jelas bahawa Tan Sri Harussani berbohong! Pembohongan ini merupakan pengkhianatan terhadap penghormatan dan sanjungan yang ditunjukkan Dato’ Dr. Hassan Ali terhadap beliau.

Memandangkan ianya suatu pengkhianatan, di mana Tan Sri Harussani jelas ingin mempolitikkan pertemuan tersebut, maka Dato Dr. Hassan Ali disarankan agar menyaman Tan Sri Harussani, walaupun PAS Selangor masih belum membincangkan perkara tersebut. Ini adalah kerana imej Dato’ Dr. Hassan Ali telah pun tercalar dengan dakwaan bahawa beliau ingin mengusahakan penyatuan bersama UMNO dan dengan itu mengkhianati perjanjian PAS untuk bersama PR.

Adalah diketahui umum bahawa di antara strategi utama UMNO dalam menghadapi penolakan rakyat terhadap kepimpinannya ialah untuk mengusahakan ‘kerjasama’ dan ‘penyatuan’ dengan PAS demi ‘perpaduan’ Melayu. Persoalan ini diwar-warkan dengan harapan PAS bersetuju ataupun paling kurang, untuk menimbulkan kesangsian parti komponen PR yang lain terhadap PAS. Sekiranya ini tercapai maka dengan sendirinya kedudukan UMNO/BN akan lebih terselamat dan tidak lagi terjejas. Isu ini sengaja di heboh-hebohkan sebagai strategi UMNO dan keterlibatan Tan Sri Harussani dalam perlaksanaan strategi ini, jelas membuktikan sokongan dan kesetiaan beliau terhadap UMNO.

Sokongan dan kesetiaan ini mungkin merupakan sebab utama beliau kekal sebagai Mufti untuk tempoh selama 30 tahun. UMNO yang terkenal dengan sikap sukakan Mufti yang mengikut telunjuknya seperti terbukti dalam kisah pemecatan Al-Marhum Dato’ Ishak Baharom sebagai Mufti Selangor, akan hanya mengekalkan jawatan seorang Mufti sekiranya dia memainkan peranan yang diinginkan UMNO. Dalam kes Al-Marhum Ishak Baharom, apabila terpaksa memilih di antara Mufti dan Ratu cantik, amat jelas UMNO lebih menyokong Ratu cantik.

Kesetiaan Tan Sri Harussani terhadap UMNO/BN juga terbukti apabila beliau menyokong, dengan mendiamkan diri, tindakan UMNO menjatuhkan kerajaan PR Perak walaupun dengan menggunakan taktik terkutuk seperti upah seks dan rasuah. Mufti sebegini amat dihargai UMNO/BN. Sekarang, mengikut penjelasan Dato’ Pesuruh Jaya, maka adalah jelas Tan Sri Mufti seorang pembohong. Ini bertepatan dengan gambaran “Musang Berjanggut’ Al-Marhum Tan Sri P. Ramlee.

Keikhlasan Dato’ Pesuruh Jaya PAS Selangor dalam usaha untuk memperbaiki prestasi dirinya sebagai Exco Agama malangnya telah diambil kesempatan oleh Tan Sri Harussani. Niat yang tulus ikhlas serta penghormatan yang ditunjukkan terhadap beliau telah diambil kesempatan untuk menimbulkan polemik politik; demi mendapat kereDhaan UMNO/BN. Penipuan terhadap Dato’ Pesuruh Jaya PAS tidak sepatutnya dibenarkan begitu sahaja dan cadangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Harussani perlu dilakukan dengan kadar segera.

Dalam masa yang sama, ada pula yang mengatakan bahawa Tan Sri Harussani tidak berbohong dalam soal ini, kerana Dato’ Dr. Hassan Ali ingin melepaskan dirinya dari dikenakan tindakan disiplin setelah menerima amaran keras tidak lama dahulu. Ini merupakan satu kemungkinan sahaja, akan tetapi amatlah malang sekiranya PAS Selangor mempunyai seorang Pesuruh Jaya yang menipu. Berdasarkan tarbiyyah dan latihan keagamaan yang dibangga-banggakan sebagai asas kekuatan PAS, kemungkinan adanya Pesuruh Jaya Negeri yang sanggup berbohong adalah hampir mustahil! Ianya satu kemungkinan yang perlu ditolak, mentah-mentah. Tidak mungkin Dato’ Pesuruh Jaya menipu kepada ahli dan pimpinan PAS serta rakyat jelata. Tidak mungkin!
Kesilapan Dato’ Dr. Hassan Ali hanyalah kerana membenarkan dirinya ditipu oleh seorang Mufti UMNO/BN yang tegar. Kesilapan beliau adalah kesilapan menghormati dan menyanjungi Tan Sri Harussani dan menjadikan beliau sebagai seorang pakar rujuk. Kesilapan ini adalah kerana kurang bijaknya beliau dalam mengenali sifat lawan. Namun, kurang bijaknya itu bukanlah satu kesalahan. Seperti kata-kata pujangga Inggeris, “stupidity is not a crime”.

Pada masa yang sama keikhlasan dan ketelusan Dato’ Dr Hassan Ali tidak wajar dipersoalkan terutamanya oleh ahli PAS. Ini adalah kerana, sebagai ahli, tuntutan wala’ dan thiqah mesti dipertahankan. Oleh itu, kami amat berharap agar saman terhadap Tan Sri Harussani disegerakan oleh pihak Dato’ Pesuruh Jaya supaya terbukti bahawa beliau telah ditipu dan beliau tidak reDha ditipu sebeginirupa oleh UMNO dan kuncu-kuncunya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Thursday, July 22, 2010

Ceramah TGNA.

Kerakusan Pemerintah di Ganu !!!


Rakusnya Manusia di Bumi Darul Iman

oleh : Mamat Lalat (facebook)

Selasa pada pukul 5.07 ptg
Saya mendengar satu cerita yang menyayat hati dari sahabat-sahabat yang menetap di Kuala Terenganu, bahawa tanah wakaf Kampung Ladang Tok Pelam akan dirobohkan pada akhir bulan ini, tidak sempat menantikan sambutan Ramadan dan Syawal yang terakhir. Kampung ini akan digantikan dengan projek hartanah yang dikatakan akan mengubah pemandangan Kuala Terengganu.

Siapakah Tok Pelam? Menurut cerita, Tok Pelam asalnya dari Tanah Arab dan berhijrah ke Patani dan seterusnya mengajar agama di Kampung Pelam, Hulu Terengganu. Dari situnya Tok Pelam mendapat namanya walaupun saya sendiri kurang pasti nama sebenar Tok Pelam. Makam Tok Pelam terletak di tengah-tengah Tanah Perkuburan Tok Pelam bersebelahan dengan Bulatan Ladang / Bulatan Batu Bersurat. Jasa Tok Pelam dalam berdakwah dan menyebarkan agama Islam amatlah besar dan beliau mewakafkan tanah yang kini menempatkan tanah perkuburan dan perkampungan iaitu Kampung Ladang Tok Pelam yang diberi nama sempena nama Tok Pelam sendiri.

Sekitar tahun 80-an, Masjid Ladang iaitu Masjid Al-Muktafi Billah Shah didirikan dan sebahagian tanah wakaf ini diambil untuk dijadikan kawasan masjid. Namun, malang menimpa penduduk yang tinggal di kawasan sekitar masjid berkenaan apabila rumah yang didirikan sejak sebelum merdeka dinafikan kerana dikatakan berada di dalam kawasan rizab masjid, dan proses merobohkan rumah mereka akan dilakukan tanpa sebarang pampasan.

Yang menghairankan saya, status tanah berkenaan adalah tanah wakaf, mengapakah dengan sewenang-wenangnya mereka menukar status tanah berkenaan? Apa tindakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM)? Mana peranan mereka? Khabar dari penduduk kampung mengatakan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak sabar-sabar hendak meruntuhkan kampung berkenaan. Walaupun dibayar pampasan, wang bukan soal utama, hukum dan peraturan agama Islam yang menjadi persoalan di sini. Mengapa tanah wakaf sewenang-wenangnya ditukar status dan dibangunkan yang akhirnya penganut agama lain boleh menetap di situ sedangkan tanah wakaf hak mutlak masyarakat Islam.

Saya ingin memetik kata-kata seorang wanita tua kepada pemimpin setempat semasa majlis berkaitan dengan pengambilalihan tanah wakaf ini diadakan dengan penduduk kampung. Wanita tua berkenaan memohon bantuan kerana rumahnya berada di atas kawasan rizab Masjid Ladang dan beliau tidak mendapat apa-apa pampasan, namun pemimpin berkenaan berkata bahawa beliau sanggup memberi lori kepada wanita berkenaan asalkan cepat keluar dari rumahnya. Lalu wanita itu berkata, inilah sejahat-jahat manusia.

Dimana peranan organisasi agama Islam Terengganu dalam hal ini. Lalu terpacullah dari mulut seorang lelaki yang rumahnya akan dirobohkan pada akhir bulan ini. "Laknatlah semua orang yang bersekongkol dalam memindahmilik tanah wakaf ini, Laknatlah mereka sehingga akhirat".

Dimana kegerunan manusia terhadap hukum Allah SWT? Dan mengapa kita masih bodoh kerana menyokong mereka-mereka yang jahil? Dan, dimana masyarakat Melayu Islam Terengganu ketika tanah wakaf ini dicemari??

Tuesday, July 20, 2010

DARI HARAKAH

Bekas duta: Anwar akan terus dihumban ke penjara?

Malaysiakini

Sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan meliwat, adakah beliau akan dinafikan peluang ikat jamin dan terus dihumban ke penjara?

Senario itu dikemukakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott, melalui rencana pengarangnya yang disiarkan di The Wall Street Journal - akhbar yang paling tinggi edarannya di Amerika, semalam.

"Ketika melawat Malaysia bulan lau, adalah jelas bukan sahaja bagi Anwar tetapi juga pemerhati lain bahawa mereka menjangkakan keputusan bersalah pada Ogos nanti,” tulis Malott.

"Persoalannya sama ada dia akan bebas dengan ikat jamin semasa rayuannya atau terus dihumban ke penjara.”

Menurut Malott pengalamannya berkhidmat di Kuala Lumpur antara 1995 hingga 1998 menyakinkannya bahawa perbicaraan liwat kedua membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu adalah bermotifkan politik.

"Segala yang saya ketahui ketika itu dan sekarang ini, membawa kepada rumusan bahawa perbicaraan ini adalah untuk mengketepikan beliau dari politik,” katanya.

Merujuk kepada kejayaan Anwar pada pilihan raya umum 2008, Malot berhujah perbicaraan liwat sekarang bertujuan melemahkan pakatan pembangkang yang semakin bersemangat.

"Rancangan politik kerajaan adalah untuk menghumban Anwar ke penjara supaya pembangkang menjadi kucar-kacir dan tidak bersedia. Kemudiannya, pilihan raya mengejut diumumkan dan mereka akan menang dengan mudah,” katanya.

Menurut Malott adalah mustahil bagi Anwar bagi menang pada perbicaraan itu, lebuh-lebih lagi apabila bukti-bukti penting kes itu dinafikankepada peguamnya. Malah, media-media yang dikuasai kerajaan telah juga menghukumnya dengan mendapati beliau 'bersalah' dalam laporan mereka.

"Malaysia tidak mempunyai sistem juri. Keputusan ditentukan oleh seorang hakim yang dilantik oleh kerajaan yang sama yang mahu Anwar dikeluarkan dari politik,” katanya.

Dalam artikelnya itu juga, Malott mendakwa kerajaan BN sekarang dibelenggu oleh pelbagai masalah dan mereka bertekad untuk mengurung Anwar agar segala kepincangan itu tidak dihebohkan.

Katanya, ekonomi Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan terdapat kadar pertumbuhan, namun perangkaaan itu disokong oleh perbelanjaan kerajaan.Tindakan itu menyaksikan hutang negara semakin membesar manakala pelaburan terus asing (FDI) cukup kecil.

ROAD SHOW WANITA PKR KE TERENGGANU



Buletin Online

Memahami Betapa Susah dan Perit Kerajaan PAS Terengganu dahulu......
Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah singgah dan melaksanakan beberapa aktiviti di negeri Terengganu dalam rangka lawatan 'roadshow' mereka ke negeri-negeri di Pantai Timur.

Ketuanya, Puan Zuraida Kamaruddin, berkata, beliau memahami betapa susah dan peritnya kerajaan PAS yang memerintah negeri Terengganu pada tahun 1999 sehingga 2004.

Menurutnya, apabila sampai ke negeri ini, beliau yang tinggal di negeri Selangor terkenang, Terengganu pernah diperintah oleh Pakatan Rakyat (Barisan Altenatif ketika itu) yang dipimpin oleh PAS.

(Gambar kiri - Puan Zuraida di atas pentas, sebelum menyampaikan ceramah)

Beliau merasa demikian kerana, katanya, selaku Ahli parlimen Ampang di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, beliau merasai sendir bagaimana susah dan payahnya dizalimi oleh kerajaan BN di peringkat persekutuan.

"Saya teringat, Terengganu ini pernah dikuasai atau ditadbir oleh Pakatan Rakyat ketia itu (Barisan Alternatif) dibawah PAS, malangnya cuma satu penggal sahaja kita dapat bertahan. Kenapa saya terkenang (kepada nasib kerajaan PAS terengganu)?

"kerana bila saya berada di Selangor, sebagai ahli parlimen kerajaan negeri Selangor, betapa terhimptnya kerajaan negeri Selangor dengan sistem yang ada sekarang,

"jadi, maka saya mula memahami bagaimana susah dan peritnya untuk mengendalikan kerajaan ngeri Terengganu, apabila terus (menerus) diberi tekanan dan himpitan oleh kerajaan 'federal (persekutuan)"ucapnya ketika menyampaikan ceramah di Jalan Kelantan Kuala Nerus.

Menurutnya, Kerajaan negeri Selangor sebagaimana kerajaan PAS Terengganu dulu, berusaha membuat banyak kebajikan untuk rakyat, tetapi telah dihalang oleh kerajaan pusat.

"Kita (kerajaan Selangor) nak buat banyak kebajikan, nak berikan nikmat kepada rakyat Selangor, segala kekayaan yang ada dalam negeri Selangor kita nak berikan balik kepada rakyat,

"(namun) tak mampu kita lakukan, kerana kita masih dicengkam dengan undang-undang yang mengaitkan kita dengan kerajaan pusat,"katanya dengan nada sedikit terharu.

Menurutnya usaha kerajaan Selangor memberikan air percuma kepada rakyat mungkin terhalang akibat syarikat air Selangor, Syabas, masih dikuasai oleh kerajaan pusat.

Begitu juga, usaha kerajaan Selangor untuk memberikan khidmat pembersihan sampah yang lebih baik, namun tersekat kerana Alam Flora masih lagi dibawah kerajaan pusat.

Justeru beliau mengajak seluruh rakyat Terengganu untuk berubah dan menyokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang, samada di peringkat DUN atau Parlimen supaya dapat mengubah kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin Umno dan kerajaan BN
.
http://buletinonline.net/images/stories/berita29/demowanitapkr.JPG"Kita perlu sokongan yang lebih kuat, yang lebih besar agar lebih ramai ahli parlimen Pakatan Rakyat masuk ke parlimen dan mengambil alih Putrajaya, itulah yang akan memudahkan urusan kita (mengubah kepada kerjaan yang lebih adil),"tegasnya.


Kami mewakili kaum ibu terasa amat terbeban dengan kenaikan gula dan bahan api.....

Lawatan Ketua Wanita Keadilan itu tidak terhenti dengan program-program ceramah dan motivasi dalaman sahaja.

Kenaikan terbaru harga minyak, gas dan gula yang diumumkan kerajaan BN, pasti akan meninggalkan khususnya kepada golongan wanita sebagai pengguna langsung barangan tersebut.

Oleh itu, Puan Zuraida mengambil kesempatan bersama-sama ibu-ibu dan suri rumahtangga sekitar Kuala Terengganu, menyampaikan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan kerajaan itu.

Sehubungan itu, satu himpunan secara aman membantah tindakan tersebut. di hadapan Hypermarket Mydin Mall, pada Sabtu, 17 Julai

Menurut Puan Zuraida, selaku pengguna dan kaum ibu dan pengurus rumahtangga, golongan wanita akan menerima 'impak' yang lebih berat akibat kenaikan harga minyak, gas dan gula.

“Kami mewakili kaum ibu terasa amat terbeban dengan kenaikan gula dan bahan api yang pasti akan memberi kesan kepada semua jenis barang,” jelasnya ktika ditemui wartawan.

Justeru itu, beliau menyeru agar rakyat menolak kerajaan yang sentiasa menindas dan menzalimi rakyat.

Monday, July 19, 2010

Dari Sinar Harian

Video Ceramah Ketua Srikandi PKR di Kuala Nerus

119 pelajar Terengganu terbabit pelbagai kesalalahan narkotik

GAMBAR HIASAN SAJE
Ini satu lagi hasil dari ulualbad,kita lihat apa komem exco pelajaran Terengganu,jangan kata ini tidak membimbangkan doh lah...

KUALA TERENGGANU: Seramai 191 pelajar di Terengganu ditangkap dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini kerana terlibat dalam pelbagai kes jenayah narkotik.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, selain narkotik atau dadah, seramai 71 pelajar ditangkap kerana terbabit dalam jenayah lain seperti mencuri motosikal dan harta benda.

"Statistik yang dipaparkan ini agak membimbangkan kerana ia membabitkan pelajar sekolah dan IPT (institusi pengajian tinggi)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam tempoh yang sama, indeks jenayah di negeri itu menunjukkan penurunan sebanyak 25 peratus dengan merekodkan sejumlah 2,066 kes berbanding 2,755 pada tahun lepas.
Katanya, penurunan paling ketara melibatkan kes jenayah kecurian harta benda manakala jenayah kekerasan pula meningkat sebanyak 22.7 peratus dengan merekodkan sebanyak 249 kes berbanding 203 kes pada tahun lepas.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Pasukan Gerakan Marin akan ditempatkan di balai kosong di pesisir pantai bagi membantu mencegah jenayah setempat dalam masa terdekat.
Katanya, mereka juga akan ditempatkan di kawasan pulau seperti Pulau Redang dan Pulau Perhentian.-Bernama

Sunday, July 18, 2010

Dari Sinar Harian, Demo Wanita PKR di Mydin Mall

KENAIKAN HARGA BARANG:TIDAK PERIHATIN DAN BERTANGGUNGJAWAB


KENYATAAN AKHBAR

16 Julai 2010

Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu. Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia. Dato’ Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.

Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan. Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.

Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan. Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional.

Sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional. Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010. Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri.

Malah, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.

Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera. Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU).

Pun begitu, saya tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan. Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga.

Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat. Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat.

Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat. Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku.

Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata.

Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

Oleh itu, saya menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:

1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;

2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;

3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting

4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara. Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang

Saturday, July 17, 2010

Video Demo Wanita PKR DI Mydin Mall

Jangan di sangka tangan seorang ibu yang menghayun buaian tidak mampu menggegarkan Mydin Mall Kuala Terengganu.Maaf gambar kurang memuaskan.

Subsidi RM570 juta ditarik, Tiris RM28 bilion Kemana.

Demo Harga Naik !!







Satu Demontrasi Aman membantah kenaikan harga barang keperluan di depan Pasaraya 'Mydin Mall' Kuala Terengganu bersama yb Zuraida Kamarudin (MP Ampang & Ketua Wanita PKR Pusat) diiringi AJK Wanita Pusat (Kak N).Demo yang bermula 2.30pm sebentar tadi disertai Ketua Wanita Negeri (Puan Armila Alias) dan Ketua-Ketua Wanita Cabang Terengganu termasuk Ketua Penerangan (Sdra.Rafzi Ramli).Turut menjayakan program tersebut Pengerusi DAP Terengganu (Sdra.Ng Chai Hing).Tahniah kepada semua AJK Cabang Kuala Nerus yang terlibat bertungkus lumus menjayakan demo pada petang ini.Program berakhir sekitar 3.30pm

Gambar-gambar ceramah dan perjumpaan Ketua Wanita Pusat




Umno salah guna tempat lagi



Tuan lihat dan fikirlah sendiri tempat pendidikan telah disalahgunakan oleh Umno bahagian Kuala Nerus,kami cadangkan Sekolah Menengah Teknik Lapangan Terbang di tukar nama kepada Sekolah Menengah Teknik Umno.

Sehari Ketua Srikandi di Kuala Nerus.






Siti Aishah Shaikh Ismail (Ketua Srikandi PKR)telah meluangkan masa bersama Ketua dan AJK Cabang Kuala Nerus pada jumaat 16 Julai melawat sekitar Pasar Pagi Teluk Ketapang mengedarkan risalah dan beramah mesra dengan pengunjung yang hadir. Disebelah malamnya Siti Aishah turut berceramah diperkarangan pejabat Cabang bersama yb Zuraida ( Ketua Wanita PKR ), Sdra Ng Chai Hing ( Pengerusi DAP Terengganu ) dan beberapa pimpinan lain.

Tuesday, July 13, 2010

WELL DONE DSAI.

SYABAS !! ANWAR CIPTA REKOD
1 Syaaban 1431 H
Oleh: Mandor

DS ANWAR mencipta rekod. Itulah yang boleh saya perkatakan. Mana ada pemimpin politik di negara ini khususnya, bahkan di Asia yang boleh mencipta rekod seperti DS Anwar? Beliau sememangnya seorang pejuang tulen yang kental, berani dan penuh kejujuran di dalam berpolitik.

Bukan taksub kepada beliau, tetapi hakikat dan sejarah telah membuktikannya sehinggakan kesemua musuh-musuh politik beliau menjadi gerun dan gentar apabila membayangkan DS Anwar.

Semenjak negara kita merdeka, siapakah tokoh politik yang mendapat berbagai gelaran semata-mata untuk menjatuhkan kredibilitinya? Dulu kita pernah dengar nama MAHAFIRAUN dan juga MAHAZALIM atau Bapa Penipu Negara digelarkan kepada seorang tokoh dari Umno.

Kita juga mendengar gelaran Bapa Judi Negara terhadap seorang tokoh politik yang kini masih memimpin. Tetapi itu semua tidak mencapai tahap gelaran yang diberikan oleh musuh-musuh politik terhadap DS Anwar.

DS Anwar digelar Pengkhianat Melayu, ejen negara asing, ejen Amerika, ejen Zionist Israel, dan yang terbaru pula adalah ejen CIA Amerika. Sebelum itu, DS Anwar juga dikaitkan dengan penyokong Komunis apabila beliau mengulas tentang hasrat Chin Peng untuk kembali ke tanah air.

Setelah semua cerita liwat kini menjadi bahan jenaka orang ramai, Penasihat 20 persen dari APCO mungkin telah menasihatkan bahawa DS Anwar hanya boleh dijatuhkan dengan menggunakan propaganda seperti ini. Tidak cukup dengan media tempatan, mereka menggunakan media asing yang sekutu dengan APCO untuk mencipta berbagai gelaran buat Ketua Pembangkang ini.

Inilah yang saya maksudkan dengan kehebatan DS Anwar. Meskipun kesemua gelaran itu adalah negatif, tetapi ini membuktikan betapa musuh-musuh beliau sudah kehilangan modal untuk berdepan dengannya. Tiada bukti, tiada hujah dan fakta, jauh sekali berani untuk berdebat secara terbuka, Umno hanya mampu berbuat sedemikian. Mudah-mudahan rakyat masih bodoh seperti mereka. Itulah yang mereka harapkan.

Jika pemimpin PAS dan parti mereka disebut sebagai parti ajaran sesat, pemimpin Wahabi, Pro Taliban atau Pro Revolusi Iran, maka DS Anwar juga dilakukan sedemikian rupa. Taktik propaganda Umno kini mudah kita kesan kerana cara mereka tidaklah bijak sangat.

Sebagai contoh, mereka tuduh DS Anwar ejen CIA Amerika, di dalam masa yang sama mereka menuduh pula DS Anwar membayar CNN untuk mempromosikan dirinya. Lojikkah seorang ejen CIA Amerika perlu membayar dengan CNN untuk tugasan yang diberikan?

Propaganda mereka selalu terkantoi dengan mudah. Umno tuduh DAP anti Islam dan Melayu, dalam masa yang sama MCA dan Gerakan iaitu parti Komponen Bn pula menyebut DAP parti yang menyokong hudud PAS. Mana satu yang betul? Jelas mereka tidak lagi sependapat dan mereka telah mendedahkan kebodohan mereka masing-masing.

Pemuda Umno menyelar PERKASA sebagai ekstrim, Najib menegur Ketua Pemuda Umno. Sejurus itu, MCA dan MIC pula menyelar PERKASA. Ini bermaksud kata-kata Najib tidak lagi menakutkan mereka.

Timbul pula isu perpaduan Melayu dan Islam. PAS mesti bersatu dengan Umno. Dalam masa yang sama pemimpin kanan Umno menggelar PAS parti ajaran sesat. Mahu bersatu dengan parti ajaran sesatkah? Betapa bebalnya mereka mengatur strategi politik.

Tahniah buat DS Anwar kerana masih berdiri gagah di persada politik tanahair. Malaysia amat beruntung mempunyai pemimpin sepertinya.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 3:14 PM

Monday, July 12, 2010

'Street Soccer'








Kejohanan Street Soccer anjuran PKR Cabang Kuala Nerus semalam yang diadakan diperkarangan pejabat cabang sebelum bermulanya perlawanan akhir world cup 2010 (yang disiarkan 'live' disini) diantara Sepanyol vs Belanda yang berkesudahan Sepanyol menang 1 - 0 mendapat sambutan hebat dari penduduk sekitar.Pasukan 88FC muncul johan manakala pasukan Super Skaler naib johan.Ditempat ketiga dan keempat dimenangi oleh pasukan Super Tuler dan Padang Air B.Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ketua Cabang iaitu saudara Wan Bukhari.Pihak Jawatankuasa Cabang akan terus mengadakan program-program riadhah sebegini dimasa akan datang memandangkan permintaan dari masyarakat sekitar Kuala Nerus terutamanya dari golongan belia.Kejohanan berakhir pada 1.00am.Jamuan laksa untuk orangramai yang hadhir sebelum menonton world cup yang bermula 2.30am disediakan oleh Jawatankuasa Cabang.

Sunday, July 11, 2010

CERAMAH SELAMATKAN MALAYSIA DI PEKARANGAN PEJABAT PKR KUALA NERUS


PKR Kuala Nerus akan mengadakan satu ceramah umum pada;


TARIKH : 16 JULAI 2010 (JUMAAT) 9:00 MALAM.

TEMPAT : PEKARANGAN PEJABAT PKR KUALA NERUS KG PADANG AIR.




PENCERAMAH:

1-YB PN ZURAIDA BT. KAMARUDDIN (KETUA WANITA PKR PUSAT).

2-SDRI.SITI AISHAH BT. SHAIKH ISMAIL (KETUA SRIKANDI PKR PUSAT).

3-SDRA.RAFIZI BIN RAMLI (MPT PKR PUSAT,BENDAHARI PKR TERENGGANU).

4-USTAZ ABU BAKAR ABDULLAH (YDP PAS KUALA NERUS & TIMBALAN
DEWAN ULAMAK PAS TERENGGANU).

5-SDRA NG CHAI HING (PENGERUSI DAP TERENGGANU).

Taklimat dan Proses Pengundian 'Street Soccer'.



Pada 9.00pm sebentar tadi di Pejabat PKR Cabang Kuala Nerus satu majlis Taklimat dan Undian Kejohanan 'Street Soccer' anjuran PKR Cabang sempena 'World Cup 2010' yang akan dilangsungkan bermula 9.00pm esok. Saudara Rafzi Ramli sebagai Ketua Urusetia kejohanan yang telah memberi penerangan dan proses pengundian kepada semua wakil-wakil pasukan yang akan bertanding.Sebanyak 16 pasukan yang telah disahkan menyertai kejohanan ini yangmana mewakili 4 pasukan setiap DUN di Kuala Nerus.Majlis disudahi dengan ucapan penutup oleh saudara Wan Bukhari (Ketua Cabang).
Semoga kejohanan akan berlangsung dengan jayanya malam esok.

Saturday, July 10, 2010

Isu Negara Islam, ciptaan Umno Untuk Gugat Pakatan Rakyat

Ceramah DSAI di Dungun.



Program Ceramah Dato,Seri Anwar di Kg.Sura Dungun telah mendapat sambutan hebat oleh penduduk sekitar dengan kehadhiran hampir 10,000 orang malam tadi.Ceramah dimulakan pada 9.30pm oleh Tuan Haji Abd.Rahman,Ust.Wan Hassan dan Sdra Mustafa Kamil Ayub.DSAI tiba tepat jam 11.00pm dari Kuala Berang.Tahniah diucapkan kepada Ketua Wanita Negeri Pn.Armila Alias dan Sdra Rafzi Ramli (Ketua Penerangan Negeri) yang bertungkus lumus menjayakan program yang turut dibantu oleh 15 orang AJK PKR Cabang Kuala Nerus.

Program SEHARUM & PILIHANRAYA disebelah petang.







Disebelah petang program dijayakan bersama oleh Dato'Seri Anwar,Sdra Ng Chai Hing (Pengerusi DAP Terengganu),Yb Tuan Haji Tg.Hassan (ADUN Ladang) dan beberapa Pimpinan.Sidang media turut diadakan pada 6.30pm sebelum DSAI ke Taman Safiah Murni untuk kuliah maghrib.Program Ceramah akan diadakan di bandar Kuala Berang (Hulu Terengganu) dan Sura,Dungun.

Program SEHARUM & PILIHANRAYA disebelah pagi.






Program dimulakan pada 9.30am dengan kata-kata aluan oleh Sdra Wan Bukhari sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri (Ketua Cabang Kuala Nerus)dan oleh Tuan Haji Abd.Rahman Yusof sebagai Pengerusi MPN PKR Terengganu.
YB Fauziah Salleh (Pengarah Pilihanraya Pusat) memberi taklimat bermula 9.45am hingga 11.00am.
Selepas jamuan ringan,Sdra Mustafa Kamil Ayub berucap hingga 12.00pm dan disambung Tuan Haji Abas.majlis berhenti rehat 12.40pm untuk solat Jumaat dan akan disambung pada 3.00pm .