Wednesday, July 28, 2010

Dari Meja Ketua Cabang.

IMPLIKASI PENYELARASAN SUBSIDI KEPADA RAKYAT.

Kerajaan Pusat mendakwa pendapatan negara yang menyusut menyebabkan tanggungan defisit setiap tahun, iaitu perbelanjaan kerajaan melebihi pendapatan. Pada tahun 2003, pendapatan Negara sebanyak RM92.6 billion tetapi belanjawan sebanyak RM109.8 billion, pada tahun 2007 pula pendapatan sebanyak RM66.142 billion manakala peruntukan belanjawan sebanyak hampir tiga kali ganda iaitu RM159.4 billion. Keadaan ini berlaku kerana urus-tadbir yang buruk, ketirisan akibat rasuah,salah guna kuasa dan perbelanjaan yang boros.
Untuk menampung defisit tersebut , kerajaan BN mencari sumber kewangan baru bagi menampung hutang kerajaan berbillion ringgit, pada tahun 2005 sebanyak RM228.6 billion kini telah meningkat kepada RM405.1 billion. Maka pada 15 Julai 2010 kerajaan telah mengumumkan Program Penyelarasan Subsidi kononnya dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan lebih dari RM750 juta melalui potongan subsidi.
Dengan itu penyelarasan subsidi tersebut bermula 16 Julai 2010, bersempena slogan ‘Rakyat DiDahulukan Percapaian Diutamakan’, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menghadiahkan pengurangan subsidi yang membawa kepada kenaikan harga keatas barangan pengguna yang berasaskan minyak seperti petrol, diesel dan LPG.
Harga Petrol RON95 dan RON97 naik sebanyak 5 sen kepada RM1.85 dan RM2.10. Bukan itu saja ,jualan Diesel pun naik sebanyak 5 sen kepada RM1.75 dan gas LPG turut naik 10 sen kepada RM1.85.
Manakala harga gula naik 25 sen kepada RM1.90 . Implikasi dari kenaikan harga makanan yang berasaskan gula, umpama susu tepung,manis dan pekat juga pun turut meningkat.
Akibat pengurangan subsidi minyak telah menyebabkan makanan asas, tambang pengangkutan, pembelian ubat dan beberapa barangan lain turut mengalami kenaikkan.
Apabila kenaikan harga ini berlaku mendadak, semua rakyat tidak mengali kedudukan dan pendapatan terpaksa menanggung lebihan belanja sara hidup. Keadaan ini kurang dirasai oleh golongan yang berpendapatan tinggi dengan kehidupan mewah. Tetapi bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah (Lower Class), yang melebihi 75%-80% penduduk Malaysia terpaksa menanggong bebanan perbelanjaan harian keluarga yang meningkat. Kebanyakan mereka ini makan gaji, majoriti kakitangan awam dan selebihnya disyarikat swasta. Tahu sajalah makan gaji belum akhir bulan dah habis. Kenaikkan gaji pun setahun sekali, ada tiga tahun sekali malahan ada yang tak naik gaji dan yang lebih malang golongan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
Contohnya, walaupun kenaikkan gula hanya 25 sen sekilo, tapi jika gunakan sebanyak 4 kilo sebulan maka lebihan sebanyak RM1. Bayangkan setahun sebanyak RM12; jadi jika 10 juta penduduk berbelanja bermakna anggaran RM120 juta lebihan telah dibelanja oleh rakyat Malaysia.
Dari sudut kesihatan pula ia akan menjejaskan tumbesaran kanak-kanak kerana terpaksa makan makanan yang kurang berkualiti diatas kenaikkan barang keperluan. Kesan keatas perbelanjaan sekolah seperti duit saku, harga baju dan kasut sekolah serta segala macam kuih-muih dan minuman turut mengalami kenaikan harga, tambang bas mungkin di naik terutama bas ekspress menjelang Aidilfitri, Perbelanjaan keIPTA/IPTS bakal meningkat dan sebagainya.
Contoh beban yang ditanggung rakyat selepas Penyelarasan Subsidi
Barangan Harga Sebelum (RM) Harga Baru (RM) Kenaikan Harga (RM) Anggaran Penggunaan Anggaran Lebihan Belanja (RM / bln ) Anggaran Lebihan Belanja (RM / thn ) Anggaran Lebihan bagi 10 juta penduduk (RM juta)
Bahan Makanan
( RM / Kg )
1 Gula 1.65 1.90 0.25 4 kg / bln 1.00 12.00 120.00
Bahan Api
( RM / Liter )
2 Petrol RON95 1.80 1.85 0.05 150 liter / bln 7.50 90.00 900.00
3 Petrol RON97 2.05 2.10 0.05 150 liter / bln 7.50 90.00 900.00
4 Diesel (Runcit) 1.43 1.48 0.05 150 liter / bln 7.50 90.00 900.00
5 LPG (RM / Kg) 1.75 1.85 0.10


Implikasi dari kenaikkan harga ini akan membuatkan golongan pendapatan rendah akan hidup bertambah tersempit . Keadaan ini akan mendorong mereka mencari sumber pendapatan melalui berbagai cara maupun salah disisi ugama dan undang-undang. Contohnya, ada pelajar-pelajar IPTA/IPTS terpaksa memperdagangkan tubuh mereka untuk wang saku dan bayaran pelajaran. Malahan ada kakitangan awam juga ibu-ibu tunggal yang menjadi pelacur maupun kelas bawahan atau atasan untuk menyara keluarganya.
Menurut kenyataan Presiden CUEPACS, En Omar Osman lebih kurang 418,200 atau 41% daripada kakitangan awam suspek terlibat dalam aktiviti rasuah. Angka ini amat membimbangkan kita sekiranya kenaikkan barangan dan perkhidmatan tinggi daripada kenaikkan gaji/pendapatan mungkin gejala rasuah ini meningkat.
Penyelarasan subsidi ini adalah pengenalan kerajaan BN saja, ianya pasti akan dinaikkan dari masa kesemasa secara berkala untuk menampung perbelanjaan boros mereka , kenaikkan harga barangan asas mungkin akan berlaku mengikut keperluan mereka.
Selagi BN memerintah ,mereka pasti terus memilih untuk membebankan rakyat untuk mengatasi kelemahan sistem ekonomi kerajaan ,serta mengaut keuntungan untuk membantu kroni sesuai dengan slogan ‘1Malaysia Rakyat Didahulukan Percapaian Diutamakan’.


Bagi merialisasikan subsidi kepada insetif untuk rakyat ayuh marilah semua tolak BN pada Pilihanraya Umum ke13 akan datang. –SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT-

Oleh Wan Bukhari Wan Mohamad

No comments:

Post a Comment