Friday, June 25, 2010

JUDI,Alahai Ulamak Umco..


Kenyataan yang Biadap, Angkuh , Naif ! ... itulah yang boleh kita katakan kepada Al-fadhil Almarhum Ketua Dewan Ulamamak a.k.a Mursyidul Umph Umco Syeikh Det di atas kenyataan terbarunya berkaitan sokongan beliau terhadap industri judi dalam Negara.

Al-fadhil Syeikh Det menegaskan : " JIKA ANA JADI KERAJAAN , ANA LULUSKAN LAH”.
Satu kenyataan yang cukup hampeh dan biadab kepada ALLAH swt. justeru ia bercanggah dengan Islam dan semua agama . Judi adalah musibah dan malapetaka kepada negara dan rakyat.
Memang telah lama diketahui umum bahawa Malaysia terkenal sebagai Darul Casino di zaman pemerintahan Syeikh Det.

Tidak hairan jika Syeikh Det begitu 'excited' untuk terus menyokong industri judi dan perluasannya di dalam negara ini . Lagaknya bercakap tak ubah seperti 'kambing kehujanan' sedang 'Najis' selaku PM jelas kelihatan teragak - agak untuk bercakap soal judi bila berdepan dengan penentangan dari rakyat .Hebatnya Syeikh Det,betapa teganya beliau terang-terangan menentang hukum ALLAH bagaikan beliau hidup menongkat langit.
Na u'zubiLLahiminzaaliq!

Syeikh Det yang terus mempamer keBongok dan keTongongannya yang sukar diteladani , apabila menyamakan isu judi seperti isu babi yang perlu diluluskan oleh kerajaan untuk bukan Islam dengan alasan ianya tidak haram untuk bukan Islam.Dimanakah ustaza-ustazi @ ulamamak-ulamamak @ mufta-mufta UMCO? Orangramai mahu dengar apa kenyataan mereka berkaitan isu ini.

Kami warga PKR Cabang Kuala Nerus menyokong penuh diatas cabaran
Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP)yang mencabar Syeikh Det menjelaskan agama mana dan agama apa yang menghalalkan judi? atau agama apa yang dianut oleh Syeikh Det? atau mungkin beliau sendiri tidak ber agama.

Judi telah ditentang oleh pelbagai agama dan bangsa kerana menyedari kesan buruk dari judi selain ianya turut diharamkan oleh pelbagai agama termasuk kristian , budha dan hindu . Sebagai contoh , judi turut ditentang oleh Naib Setiausaha Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Goh Kean Seng, wakil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ser Choog Eng dan dari Budayawan Bertindak, Lee Ban Chen .

Mereka semuanya bergabung dalam satu wadah Gerakan membantah Judi GMJ. Semua mereka adalah berbangsa Cina dan bukan Islam.

Tidak cukup lagi kah pelbagai jenayah dan keruntuhan akhlak serta kepincangan sosial yang berlaku ekoran industri judi yang kian berleluasa . Sebagai warga emas yang dah tak lama lagi nak meninggal dunia , Syeikh Det sepatutnya lebih peka terhadap masa depan generasi muda dan keamanan atau kesejahteraan negara.

Bukan terus mengheret rakyat khasnya generasi muda terjerumus dalam kancah perjudian yang hanya meletakkan mereka terus bergantung nasib di meja perjudian, tidak lagi menjadi warga negara yang berdikari dan berbakti kepada Negara.

Negara masih mempunyai banyak pilihan untuk mencari dana dan meningkatkan upaya perolehan hasil negara tanpa menyuburkan industri judi yang turut membawa kesan buruk kepada pertumbuhan insan dan generasi dinamik masa depan. Menyuburkan industri judi ertinya mempertingkatkan usaha untuk membunuh jati diri rakyat dan daya berdikari generasi masa depan negara.

PKR Cabang Kuala Nerus menyeru supaya orangramai bangkit dengan tegas dan yakin untuk mendesak kerajaan agar tidak melangsungkan usaha mereka untuk menyuburkan lagi industri judi negara. Judi terbaru ialah melibatkan industri sukan. Selepas ini sukan tidak lagi menjadi riadhah atau aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan pemikiran dan jasad yang sihat sebaliknya menjadi aktiviti yang dipertaruhkan.


PKR Cabang Kuala Nerus menggesa supaya orangramai prihatin terutama generasi muda untuk turun bersama Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) menyertai Himpunan Aman 100K pada 03hb Julai 2010 dan berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Ke bawah Duli Yang diPertuan Agong.

No comments:

Post a Comment